CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Acis Selamat Jalani Prosedur Jantung

8-10-2023 04:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1624| Komen: 7

Suami kepada penyanyi Datuk Sheila Majid iaitu Datuk Acis selamat menjalani prosedur angiogram dan angioplasty akibat masalah kesukaran bernafas yang dialami.

Prosedur berkaitan jantung itu dijalankan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.


Berkongsi mengenai perkara itu, Sheila, 58, memberitahu pihak IJN turut memasang perentak atau stent susulan terdapat bahagian jantung yang tersumbat.


"Alhamdulillah prosedur berjalan lancar. Doktor memasang stent pada bahagian utama arteri disebabkan tersumbat.

"Dia kini masih di hospital untuk pemantauan dan akan dibenarkan pulang dalam masa terdekat," katanya.

Sheila berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Ahad berserta beberapa keping gambar Acis menerima rawatan.

Dia juga memaklumkan suaminya itu dimasukkan ke IJN pada Isnin lalu selepas mengadu tidak sihat sehari sebelumnya


"Dia mengalami sakit dada dan sukar untuk bernafas. Selepas menjalani pemeriksaan doktor mendapat ada masalah pada jantung," ujarnya.

Dalam perkongsian sama, Sheila turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan suaminya itu.

Untuk info, Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri atau vena.

Manakala, Angioplasti koronari adalah prosedur yang digunakan untuk membuka saluran darah atau arteri jantung yang sempit atau tersumbat.

Doktor membuat pemasangan 'stent' pada arteri utama selain meletakkan dua belon di bahagian lain arteri yang tersumbat dalam jantung.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottompro 8-10-2023 06:49 PM
Dulu ada crush dgn tok acis. Haha
Quote Buritan 8-10-2023 07:00 PM
bottompro replied at 8-10-2023 06:49 PM
Dulu ada crush dgn tok acis. Haha

Gatallnya ko.. aku pun suka jgk kat dia dulu .
Quote cm_vungtau 8-10-2023 07:04 PM
Ler, tak la banyak sangat beza umur Tok Acis dengan Tok Sila. Aku ingat dulu ex lakinya Tok Sila panggil si Acis ni ‘budak tu.’ Ayat dia lebih kurang, ‘Dia bercinta dengan budak tu.’ Selama ni aku ingat memang betul2 budak.
Quote winky1 8-10-2023 07:09 PM
Seriously, dia ni pun Datuk? Contribution to music industry?  Mmg betul nak tahu
Quote menjad 8-10-2023 07:10 PM
Dorang beza 6 tahun kan. Jadi umo acis baru 52 lah. Bila dah ada penyakit mmg nmpk tuo lah. Dah tak ensem macam dulu
Quote telracs 8-10-2023 11:13 PM
Banyak la pulak benang Acis ni...
Kalau dulu Momod siap bagi warning suh search dulu kalau dah ada...
Sekarang ni Momod dah tak berfungsi ke?
Quote silampumeja 8-10-2023 11:48 PM
cm_vungtau replied at 8-10-2023 11:04 AM
Ler, tak la banyak sangat beza umur Tok Acis dengan Tok Sila. Aku ingat dulu ex lakinya Tok Sila pan ...

Acis tu assistant roslan kan dulu... Selalu ada umah dia . Sekali dgn shila dia amik

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.055939 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top