CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Pelik Macam Mana Warga Asing Boleh Berniaga Pasar Malam

8-10-2023 01:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2271| Komen: 29

Ulu Tiram: Kehadiran sekumpulan warga asing berniaga di pasar malam Taman Desa Cemerlang di sini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat setempat.

Warga asing terbabit didapati menjual sayuran, telur dan barangan kering yang sekali gus menimbulkan tanda tanya siapa yang memberi kebenaran kepada mereka untuk berniaga di tapak pasar malam itu.


Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Azim, 40, berkata kewujudan kumpulan warga asing menjalankan perniagaan di pasar malam itu bukan perkara baharu.

TANGKAP layar video sekumpulan warga asing didapati bebas menjalankan perniagaan di kawasan pasar malam di Taman Desa Cemerlang di Ulu Tiram.

Menurutnya, kehadiran warga asing yang berniaga di situ turut menerima sambutan baik berikutan lokasi tapak pasar malam yang terletak bersebelahan dengan kawasan perindustrian yang mempunyai ramai pekerja asing.


"Bukan saja warga Pakistan, terdapat juga peniaga dalam kalangan warga Nepal dan Vietnam. Tidak dinafikan kehadiran mereka menjejaskan peniaga tempatan malah penduduk juga was-was dengan tahap kebersihan peniaga asing itu.

"Kami tidak pasti mereka beroperasi di petak disediakan oleh penganjur pasar malam atau tidak namun sepatutnya perkara itu tidak berlaku dan mereka perlu diambil tindakan," katanya.

Katanya, pihak berkuasa tempatan perlu lebih tegas dan memantau tapak pasar malam berkenaan kerana jika leka, tidak mustahil makin ramai warga asing akan berniaga di situ.

Sementara itu, menerusi video dikongsi pengguna TikTok kelmarin, memaparkan pasar malam yang terletak di Jalan Meranti itu disertai warga Pakistan yang menjual telur manakala di sebelahnya warga Nepal menjual sayur.

Menurutnya, malah terdapat juga sekumpulan wanita yang dipercayai warga Myanmar menjual sayur selain seorang lelaki Nepal menjual ikan dan sayur.

"Bagaimanapun mereka boleh berniaga bersama-sama peniaga tempatan di pasar malam," katanya.

Video berkenaan menerima pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut bimbang dengan nasib peniaga tempatan sekiranya perkara itu berterusan.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 8-10-2023 01:13 PM
Makin melampau mereka2 yg bertanggungjawab membenarkan warga asing ni....pi berambos dari Malaysia termasuk pengkhianat bangsa
Quote B40tastePosh 8-10-2023 01:17 PM
Tak salah pun kalau dah bayar penguatkuasaan PBT dan polis.
Quote Skuau 8-10-2023 01:44 PM
Edited by Skuau at 8-10-2023 01:47 PM

"Kita asing suka ini negara banyak bodoh punya worang la..apa suka buat..kita buat saja la..dia worang punya sindiri negara suda takut sama kita asing worang la"-Asing worang la
Quote noor2 8-10-2023 01:48 PM
Skuau replied at 8-10-2023 01:44 PM
"Kita asing suka ini negara banyak bodoh punya worang la..apa suka buat..kita buat saja la..dia wora ...

Ni ayat pukistan ke banglodeh...
Quote Skuau 8-10-2023 01:51 PM
noor2 replied at 8-10-2023 01:48 PM
Ni ayat pukistan ke banglodeh...


"ini negara..apa pon boleh kaka...kita bangla ka,pakis ka..sudah kontrol u worang punya negara la"-bapak bangla,mak pakis,nenek indon,atok rohingya...
Quote krustykrab 8-10-2023 02:16 PM
Mcm ni.punya ramai warga asing, masih lagi pmx import masuk konon tak cukup
Quote ezacbee 8-10-2023 02:24 PM
Apa salah kita makan sama2.. kata bai jaga

Quote Firenzza 8-10-2023 02:46 PM
NGOk ckp tu kes terpencil
Quote Burong_Hantuk 8-10-2023 02:52 PM
x payah la nk buat2 pelik...this is malaysia kan???
Quote c===8 8-10-2023 02:58 PM
Malaysia ada penguatkuasa ke?
Quote likilu 8-10-2023 03:11 PM
krustykrab replied at 8-10-2023 02:16 PM
Mcm ni.punya ramai warga asing, masih lagi pmx import masuk konon tak cukup

Kata bwk masuk sebagai buruh industry tertentu
Tapi ni bwk masuk usahawan berdaya saing

Ni mesti formula menteri formula ni kearah warga asing berpendapatan tinggi
Local graduates jadi rider je ramai ramai kesana sini atas jalan raya sehari suntuk
Quote krustykrab 8-10-2023 04:00 PM
[tiktok]7286455611032653074[/tiktok]



Nk bg peluang pekerjaan kt pelarian konon...ko tak tau ka diorg tu dtg sini kalau nk jadi pengemis je. Keje mudah buat apa susah² sakit otak sakit badan.
Tak cukup lagi ka dgn pati ramai² kat sini. Buat huru hara pun korang chill je
Quote honeybee1802 8-10-2023 04:06 PM
c===8 replied at 8-10-2023 02:58 PM
Malaysia ada penguatkuasa ke?

Mcm2 penguatkuasa ada dek..jpj la...pbt la...hutan...air darat....belum kira dgn polis lg...penguatkuasa agama la....pendek kata..mcm2 la...
Quote honeybee1802 8-10-2023 04:07 PM
krustykrab replied at 8-10-2023 04:00 PM
Nk bg peluang pekerjaan kt pelarian konon...ko tak tau ka diorg tu dtg sini kalau nk jadi pengem ...

Ni bila plak ni?ada pre covid ke post covid...konon nak ltk depa ni kt ladang sawit tu...takdenya depa nakkk...depa tak nak la wehh...apo..depa nak jadi tokey la...
Quote Belibis 8-10-2023 04:37 PM
Nak pelik apaaaa...47 kes pun boleh setel tepi..[em:3:]
Quote downiey 8-10-2023 04:54 PM
tolong la weyh htnr diorg ni balik ngara diorg.. bersepah sgt kt sini
Quote LadyCarefree 8-10-2023 05:47 PM
org msia pun yg support mereka berada di sini
Quote daisy71 8-10-2023 05:49 PM
Edited by daisy71 at 8-10-2023 06:02 PM

Dah dah la kerajaan oiii...warga asing jangan diberi berniaga di sini. Datang malaysia untuk
bekerja sahaja
Quote Zack8hunter 8-10-2023 11:16 PM
baru je jln2 kt pasar mlm tadi.. orang arab pun sama meniaga nasi arab dan baklava.. so nk kira mcm mana tu? [em:3:]

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.165835 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top