Klang:JPJ Selangor menerusi Facebooknya (FB) berkata, pasukan Operasi JPJ Negeri Selangor mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan sewaktu melakukan rondaan di sekitar Jalan Kapar.
Tindakan pemandu kereta Ford Mustang membawa kenderaan itu dengan mempamerkan nombor pendaftaran palsu mengundang padah apabila ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor semalam. Menurutnya, hasil semakan mendapati kenderaan jenis Ford Mustang dikesan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain. "Kenderaan terbabit didapati belum berdaftar dan tiada rekod di dalam sistem JPJ. "Notis dikeluarkan atas kesalahan pemalsuan dokumen dan kenderaan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta JPJ 1987 dan dibawa ke Bahagian Penguatkuasa JPJ Selangor bagi siasatan lanjut," katanya. Katanya, JPJ Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua jenis kenderaan supaya. sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya yang ditetapkan.
"Untuk sebarang aduan trafik, orang awam boleh menyalurkan kepada [email protected] atau melalui platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan," katanya. Sumber: Harian Metro |
zorrro_03 replied at 7-10-2023 02:57 PM
Binatang je is ni kot yang pakai no aku kat kereta dorang. Tak pasal je aku ke ke hulu ke hilir bua ...
pokokmeranti replied at 7-10-2023 06:32 PM
I kena dua kali, nasib aduan boleh dibuat melalui email rasmi agensi.
ADVERTISEMENT