Kepala Batas: Orang ramai sanggup beratur panjang demi membeli beras putih import seberat lima kilogram (kg) pada harga RM1 sekampit di Dewan Simpang Empat, Permatang Buluh, di sini, hari ini.
Pesara, Mazlan Idris, 63, berkata pada mulanya dia tidak percaya kerana harga beras berkenaan ditawarkan terlalu rendah memandangkan harga jualan runcitnya adalah RM25 untuk 5kg. "Tapi saya mai (datang) juga beratur 7.30 pagi. Ramai lagi yang sudah sampai lebih awal. Barisan memang panjang. Tapi mereka bahagikan beberapa barisan dan juga ikut kategori warga emas dan wanita. "Saya rasa berbaloi 8.40 pagi sudah dapat beras. Kalau jual murah begini, hari-hari beratur pun tak apa, saya sanggup," katanya bapa lima anak dari Tasek Gelugor itu ketika ditemui, di sini.
Asiah Ariffin, 49, dari Padang Serai, Kedah, berkata dia bersyukur sempat singgah ke program jualan itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah orang tuanya di Permatang Binjai, di sini. "Alhamdulillah, keluarga kami ramai. Beras 5kg ini boleh tahan dalam seminggu saja. Saya memang tidak akan melepaskan peluang kalau dapat tahu ada program jualan murah sebegini. "Sekarang bukan masa memilih, tak apa bersesak sedikit sebab ia memang barang keperluan harian," kata ibu kepada empat anak dan seorang cucu itu. Dalam pada itu, penganjur yang juga Pengasas Yayasan Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, berkata program jualan menggunakan sistem kupon bermula 9 pagi terpaksa diawalkan kerana sambutan amat mengalakkan. "Sebanyak 1,000 kampit beras yang disediakan habis diedar kepada orang ramai dalam tempoh kurang 15 minit. Namun, masih ramai yang beratur dan ada juga datang dari Kedah dan daerah yang jauh," katanya. Katanya, program jualan beras RM1 digerakkan sendiri 'rider' Misi selepas diadakan di Manjung, Perak; Langkawi serta Sungai Petani, Kedah dan Kangar, Perlis. Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 7-10-2023 01:39 PM
Asalnya sumer beras tu dpt dr mana?
Samerosie replied at 7-10-2023 04:42 PM
Kan beras import dia kata dlm artikel tu.
Tinot7 replied at 7-10-2023 09:55 PM
Ye tapi import dari mana.. itu soklan iols.. telen ka india ka betnam ka.. sbb murmur, org sponsor ...
Samerosie replied at 7-10-2023 10:41 PM
Beras nak makan tu memang ada, cuma mahal (import) dan murah je (tempatan). You baca la artikel, ...
mojarean_X replied at 7-10-2023 05:39 PM
Teruk betul gomen of the day. Rindu zaman Najib dan Tun.
ninja9 replied at 8-10-2023 05:44 AM
develop balik kemampuan negara untuk hasilkan beras.. krisis beras adalah bahaya. sepatutnya dapat l ...
stingergrumpy replied at 8-10-2023 06:02 AM
Kalo windu kenapa sampai fitnah jibun sehingga dia kena meringkuk dalam penjara?...kalau windu ken ...
mojarean_X replied at 8-10-2023 07:59 AM
Ni kan akhir zaman. Perlu ke iols nk citer lebih lanjut?
ADVERTISEMENT