Seorang wanita yang tidak emndedahkan identitinya mendedahkan, hubungan dia dan tunangnya kini dilanda masalah hanya kerana lelaki tersebut 'sentap' disebabkan isu kecil. "Saya dah bertunang dan bakal berkahwin tak lama lagi. At first semua okay je. Dulu di awal perhubungan, tunang saya seorang yang sangat sweet.
"Sebelum bertunang, saya tak pernah tanya soalan-soalan seperti nafkah, tanggungjawab suami dan apa-apa yang berkaitan dengan kehidupan selepas kahwin. "Baru-baru ini kami menghadiri kursus kahwin bersama. Ketika ustaz beritahu yang tugas-tugas memasak, mengemas rumah, jaga anak dan sebagainya tu adalah tugas suami, tunang jadi sentap. "Tunang saya cakap yang itu semua b******t. Habis tu perempuan buat apa... mengangkang saja?" Katanya dia sudah cuba memujuk tunangnya dengan menerangkan mengenai keperluan tugas suami isteri namun lelaki tersebut tetap berkeras dengan pendiriannya.
"Tunang tetap insist yang ilmu ustaz ajar tu merepek. Saya rasa turn off. Rasa macam apa bebal sangat benda kecil nak diperbesarkan. "Kemudian untuk menjernihkan keadaan, saya cari informasi pasal ini dalam Google. At the same time, saya pun belajar hal yang sama supaya senang nak present dekat tunang nanti. "Tapi sayang, tunang fikir saya memandai dan dah rancang untuk jadi queen control. Bodohlah... nak control apanya? Orang kongsi ilmu kot," luahnya kecewa. Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut berkata sejak peristiwa itu, tunangnya mengambil pendekatan melancarkan 'perang dingin' terhadapnya. "Sekarang tunang tengah buat silent treatment. Tak nak baca WhatsApp, tak nak bercakap apabila saya call. Beberapa hari bolehlah saya layan rajuk dia. "Saya pujuk, slow talk... tapi dia tetap nak berdiam diri. Sumpah macam bodoh. Dia lelaki kot... dah kenapa nak switch kerja merajuk memujuk ni?" ujarnya lagi. Kecewa dengan sikap tunangnya itu, wanita tersebut berkata dia berasa tawar hati untuk meneruskan perhubungan mereka. Malah dia sendiri sudah tidak menghubungi lelaki tersebut memandangkan setiap usahanya untuk memperbaiki hubungan mereka tidak dihargai. "Kadang saya rasa, is this sign from Allah yang tunang ni bukan jodoh saya? Sebab seriuslah, bab simple macam ni pun boleh digaduhkan. "Saya tak nak kahwin dengan orang yang tak boleh communicate dan solve the problem together," tulisnya di laman X. Di ruangan komen rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut 'mengundur diri' memandangkan tunangnya sudah menunjukkan tanda-tanda 'redflag' biarpun belum melangkah ke alam perkahwinan. "Allah dah tunjuk dah perangai tunang. Harap anon solat istikharah minta sungguh-sungguh petunjuk daripada Allah. "Daripada apa yang saya baca, dia seorang yang panas baran sikit dan tak boleh dengar apa orang nak cakap. Dan rasanya dia dah set dalam minda dia itu semua isteri kena buat dan kalau kahwin nanti you akan jadi maid dia. "Bertuah anon dapat detect awal. Ramai perempuan dekat luar sana apabila dah kahwin baru sedar," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
Firenzza replied at 6-10-2023 07:41 AM
Baik ko putus je dgn tunang, kawen jer dgn ustaz tu hidup pun senang hari2 ustaz masak order je siak ...
SWORKS27 replied at 6-10-2023 03:44 PM
saya setuju sis....ustad batin dia layan bagus...nescaya ramai anak nti..
plywood replied at 6-10-2023 03:56 PM
Masalah yang kurang jelas disini ialah apa pendirian perempuan tersebut semasa bercakap dengan lelak ...
asamfish replied at 6-10-2023 03:36 PM
angkat kaki je nak oiiii....esok2 confirm jadi hamba laki kalau dah sah lakibini.
roti_banjir replied at 6-10-2023 04:03 PM
konteks penceritaan minah nih sekarang, tunang dia sentap dari masa kursus kawen sbb apa yg ustaz ...
mamajawie replied at 6-10-2023 04:07 PM
betul tu..jangan jadi cam I ni nk putus tunang dulu both parents xbagi sebab malu..padahal time tu ...
nikaido replied at 6-10-2023 04:00 PM
Ayat "tugas rumah-memasak, basuh baju, mengemas dll adalah tugas suami" tu memang agak bullshit pun. ...
ajinomotonosuga replied at 6-10-2023 04:10 PM
tunang tadak ilmu..suh tuntut ilmu
mmg tugas isteri sebeno nya ialah menghias diri untuk suami!
asamfish replied at 6-10-2023 04:11 PM
allahuakbar....jgn continue hidup dalam suasana toxic...nanti you yang menderita dan dpt penyakit. ...