Hubungan Puteri Sarah Liyana dan aktor terkenal Indonesia, Andi Arsyil sering mencuri perhatian ramai kebelakangan ini. Berdasarkan sebuah video tular di platform TikTok, Puteri Sarah bukan sahaja menggelarkan Andi dengan panggilan ‘sayang’, malah reaksi wajahnya ketika ‘video call’ memaparkan wajahnya yang seakan sedang dilamun cinta.
Dalam rakaman tersebut Puteri Sarah sedang membuat Live di TikTok menerima panggilan telefon daripada Andi, namun aktor filem Ketika Cinta Bertasbih itu mahu membuat panggilan video. “I call you back boleh tak, give me 10 minutes okay? Kamu jangan ketawa lihat aku…,” ujarnya manja sambil ketawa. “Iya boleh, ya udah. Aku ngak ketawa, aku memang penipu.. Ya udah, daa (bye),” jawab Andi. Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kebahagiaan yang terbaik buat Puteri Sarah dan Andi. Ramai dalam kalangan netizen mahu melihat Puteri Sarah bahagia bersama lelaki yang akan lebih menghargainya selepas rumah tangganya bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof terlerai pada Ogos lalu.
Sebelum ini, perkongsian Puteri Sarah di Instagram yang bermain filter ramalan 2024 mengatakan dia bakal bertunang. Aktres drama Suri Hati itu bagaimanapun menganggap perkara tersebut hanya gurauan, namun tidak menolak sekiranya benar dia akan bertunang kelak. Terdahulu, kelibat Andi yang hadir memberi sokongan ke sebuah program acara lawak spontan yang dilakonkan oleh Puteri Sarah meraih tumpuan ramai. -CARI Sumber: XTRA
|
nini_azmi replied at 6-10-2023 12:05 PM
First.
Moga bahagia keduanya. Kalau tiada jodoh masih boleh berkawan.
Andi orgnya baik pd zahirnya. ...
nini_azmi replied at 6-10-2023 12:05 PM
First.
Moga bahagia keduanya. Kalau tiada jodoh masih boleh berkawan.
Andi orgnya baik pd zahirnya. ...
Whatsofunnyth replied at 6-10-2023 01:59 PM
Ir tu gelaran untuk Engineer mcm tu kt sana. Time dulu2 kt sana sape yg berjaya dpt gelar educatio ...
nini_azmi replied at 6-10-2023 02:10 PM
Iols tau Ir tu prof eng tp saje nk confirm kan.
Nk stalk ig maknya private pulak hehe..
makcun14 replied at 6-10-2023 03:25 PM
giteww PS speaking Jakarta.
kalau berjodohan pun ok. yang mak perati la kan kalau laki orka jakarta ...
makcun14 replied at 6-10-2023 03:25 PM
giteww PS speaking Jakarta.
kalau berjodohan pun ok. yang mak perati la kan kalau laki orka jakarta ...
ADVERTISEMENT