Adam Shahz, 42, mendedahkan hampir setiap hari menerima mesej daripada wanita tidak dikenali yang mahu berkenalan dan mengajak dia berkahwin selepas mendakwa bertemu di dalam mimpi. Adam ang sudah lebih lima tahun menduda bagaimanapun belum terfikir berkahwin baharu kerana mahu memberi fokus kepada ibunya, Rokiah Leman, 62, yang kurang sihat di kampung.
"Saya tidaklah serik untuk berkahwin lagi, cuma sekarang mahu fokus pada keluarga dan menjaga emak yang sakit. Saya fikir ini adalah masanya untuk beri fokus kepada emak yang sebelum ini saya akui jarang dilakukan. "Malah, setakat ini pun saya ada juga berkawan dengan wanita yang bukan dalam karier seni. Namun, untuk melangkah ke fasa hubungan yang lebih serius itu rasanya belum lagi dan saya masih perlukan masa," katanya kepada Harian Metro. "Selama menjadi duda dan bapa tunggal ini, saya tidak dipandang sinis oleh sesiapa, tapi orang asyik nak 'try' (cuba). Kalau tengok mesej DM yang saya terima di Instagram, memang banyak.
|
ADVERTISEMENT