CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Yaya Wanita Kerdil Sakit Pinggang Dan Perut Kalau Dukung Atau Riba Anak

6-10-2023 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8803| Komen: 29

MARANG – Wanita kerdil, Syakila Norazma Amira Zuharsema, 29, yang mempunyai ketinggian cuma 118 sentimeter adalah ibu kepada seorang anak yang kini berusia setahun lapan bulan.

Syakila Norazma Amira yang mesra dipanggil Yaya itu berkata, dia sangat bahagia bersama anaknya, Muhammad Ayden Adrian Muhammad Azri dan suami, Muhammad Azri Zaidi, 21.


Foto: Kosmo

“Saya tidak lagi bekerja sebagai pembantu kedai makan sejak berpindah ke rumah sendiri di Taman Tapai Indah, Wakaf Tapai, di sini sebaik selesai berpantang pada April tahun lalu.

“Kebanyakan kehidupan seharian saya dihabiskan dengan mengasuh anak (Muhammad Ayden Adrian),” katanya kepada Kosmo.

Yaya yang berniaga dalam talian secara sambilan bersyukur anak lelakinya membesar dengan sihat dan normal, biarpun baru berusia 20 bulan, ketinggian sudah melebihi paras pinggangnya.

“Ayden sudah pandai berjalan dan agak lasak. Sekali imbas, saya dan dia bagaikan kakak dan adik apabila berjalan bersama.


“Begitupun, saiz badan saya yang kecil menjadi kekangan untuk melayan kerenahnya terutama apabila diminta meriba dan mendukungnya,” katanya.


Foto: Kosmo

Yaya mengakui mudah merasa sakit pada bahagian pinggang dan abdomen jika mendukung dan meriba anaknya terlalu lama.

“Suami yang bekerja kilang di Ajil, Hulu Terengganu banyak membantu menjaga anak. Doktor juga saran agar tidak hamil lagi dalam masa terdekat atas faktor kesihatan dan keselamatan saya.

“Namun, kami sepakat tidak akan menolak jika Allah kurniakan rezeki (anak) lagi,” katanya.

Mereka diijab kabul pada 18 Mac 2021 dan dikurniakan Muhammad Ayden Adrian yang lahir secara pembedahan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada 25 Januari 2022. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 6-10-2023 09:11 AM
Petite mcm pelakon najwa
Quote B40tastePosh 6-10-2023 09:15 AM
Perempuan Melayu ramai bantut kemetot...mungkin boleh buat dogeng Cinderella tapi versi lelaki dgn Dwarfs dari wanita Melayu.
Quote manehnya 6-10-2023 09:19 AM
beso dah anok dio
Quote mamajawie 6-10-2023 10:47 AM
memang macam kakak umo 5-6 tahun tgah dukung adik..sorry puan yaya
Quote ifanonline 6-10-2023 10:50 AM
org kecik ni akan sentiasa nampak muda...kelebihan yg tuhan berikan
Quote Belibis 6-10-2023 10:54 AM
Tak rasa macam pedo ke???
Quote Decaffeinated 6-10-2023 10:56 AM
“Namun, kami sepakat tidak akan menolak jika Allah kurniakan rezeki (anak) lagi,”

Kalau tak pancut dalam xde maknanya nak dikurniakan rezeki dek. Harap ada usaha yang serius lah ya.
Quote Decaffeinated 6-10-2023 10:58 AM
B40tastePosh replied at 6-10-2023 09:15 AM
Perempuan Melayu ramai bantut kemetot...mungkin boleh buat dogeng Cinderella tapi versi lelaki dgn D ...

Kalau kemetot tu memang dah standard melayu. Tapi bantut itu kecacatan, sama ja omputih pun ada ja yang cacat.

Quote B40tastePosh 6-10-2023 11:17 AM
Belibis replied at 6-10-2023 10:54 AM
Tak rasa macam pedo ke???

Terketot tak pe dimaafkan
Quote shernazz 6-10-2023 05:18 PM
Jarak.le.wei
Mmg la rezeki tapi untuk kesihatan Kau juga..
Jangan semua nak tadah je..Kang pinggang taknsakit..terus patah kang
Quote FlexyFox 7-10-2023 03:09 AM
“Suami yang bekerja kilang di Ajil, Hulu Terengganu banyak membantu menjaga anak. "Doktor juga saran agar tidak hamil lagi dalam masa terdekat atas faktor kesihatan dan keselamatan saya.


“Namun, kami sepakat tidak akan menolak jika Allah kurniakan rezeki (anak) lagi,” katanya".

Kenapalah di zaman sekarang masih ramai org yg bodoh tapi tidak mahu mencari ilmu. Tu kalau ditakdirkan mengandung pula, sakit atau mati teus, siapa yg nak jaga anak kau? Antara perkara yg aku sangat tak boleh tahan ialah 'kebodohan'.
Quote Tinot7 7-10-2023 07:43 AM
Mmg mcm kakak dan adik
Quote noor2 7-10-2023 08:05 AM
B40tastePosh replied at 6-10-2023 09:15 AM
Perempuan Melayu ramai bantut kemetot...mungkin boleh buat dogeng Cinderella tapi versi lelaki dgn D ...

Saiz asia la nobito....nobito tinggi brp?
Quote matchstick 7-10-2023 08:43 AM
shernazz replied at 6-10-2023 05:18 PM
Jarak.le.wei
Mmg la rezeki tapi untuk kesihatan Kau juga..
Jangan semua nak tadah je..Kang pinggang  ...

Betui tu..takut nt anak dh berderet muncul plk mcm2 masalah kesihatan. Laki tak dpt pergi kerja sbb kena jaga bini sakit. Masuk berita minta bantuan
Quote Atata 7-10-2023 09:32 AM
FlexyFox replied at 7-10-2023 03:09 AM
“Suami yang bekerja kilang di Ajil, Hulu Terengganu banyak membantu menjaga anak. "Doktor juga sara ...

HAHAHAHAHAHAHA.. Dah tau sakit2, anak sorang cukup lah. Ni nak sepakat taknak tolak rezeki katanya yih stresssss!!
Quote Kurex 7-10-2023 10:02 AM
Kawan iols selalu paksa iols tengok live pompuan kerdil dekat tiktok. Dah la masa aku drive kau paksa aku tengok
Quote shernazz 7-10-2023 10:26 AM
matchstick replied at 7-10-2023 08:43 AM
Betui tu..takut nt anak dh berderet muncul plk mcm2 masalah kesihatan. Laki tak dpt pergi kerja sb ...

Itu lah. Patut gitu cakap la merancang ke apa..
Kalau tibe time suburb..Habis ..
Mesti masuk hospital Awal punya doc takut apa apa risiko...

Sayangilah dirimu..
Quote airfilterkotor 7-10-2023 12:45 PM
FlexyFox replied at 7-10-2023 03:09 AM
“Suami yang bekerja kilang di Ajil, Hulu Terengganu banyak membantu menjaga anak. "Doktor juga sara ...

Sama analogi lebai naik motor gi mesjid tapi tak pakai helmet.
Dia jawab kalau nak eksiden, bila-bila buleh eksiden. Paklong berserah pada Allah kerana Dia yg menentukan segala-galanya.

Kaedah mencegah dari kemudharatan (usaha) tu takdak dalam kepala.
Tapi tang pegi balik keje pandai pulak pakai helmet, sebab takut polis.




Quote newyork 7-10-2023 12:47 PM
La ingat darjah 5- mcm tu..yg ni kot kerajaan takut rakyat malaysia terbantut.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064963 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top