CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih Sejam APM Cari Lelaki Jatuh Parit, Rupanya Dah Balik Mandi

6-10-2023 03:49 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 11796| Komen: 23

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang disangkakan terjatuh dan hilang dalam parit di Jalan Raja Laut, di sini, tiba-tiba 'muncul' di sebalik orang ramai ketika pasukan penyelamat sibuk melakukan pencarian.


Malah, lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun itu turut mengaku sudah pulang ke rumah selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran sebuah sekolah rendah itu dan mandi sebelum kembali ke lokasi kejadian.

Anggota APM ketika mencari lelaki yang didakwa terjatuh ke dalam longkang di Jalan Raja Laut. - Foto Ihsan APM

Perkara itu dimaklumkan lelaki terbabit selepas lebih sejam pencarian dilakukan sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di dalam kawasan loji dan kumbahan yang dikatakan mempunyai kedalaman 3.65 meter itu.

Pegawai APM Kuala Lumpur, Mejar (PA) Ahmad Junaidi Dukut Soeharto berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.51 petang sebelum 14 anggota bersama beberapa jentera dari APM Kuala Lumpur dan Gombak dikejarkan ke lokasi.


"Sebaik tiba, kami dimaklumkan seorang mangsa terjatuh dalam longkang yang juga kawasan kumbahan sedalam 3.65 meter.

"Ketika pencarian mangsa dilakukan lebih satu jam di dalam kawasan loji, seorang lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun hadir di lokasi.

"Lelaki itu memaklumkan dia adalah mangsa yang terjatuh ke dalam longkang berkenaan semasa memotong rumput selepas terpijak zink yang menutup lubang kumbahan berkenaan.

"Mangsa memberitahu dia segera berpaut dengan mesin memotong rumput untuk memanjat naik ke atas sebelum segera balik ke rumah dan membersihkan diri," katanya melalui kenyataan hari ini.

Ahmad Junaidi berkata, lelaki warga Myanmar itu tidak mengalami sebarang kenyataan dan susulan penjelasan itu, pihaknya menghentikan operasi pencarian.


Sumber: BH Online








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 6-10-2023 05:59 AM
Nayaaa pak karim
Quote matjerk 6-10-2023 08:12 AM
Aduiii keras perut aku gelak. Aku tgh imagine situasinya. Dia dtg balik tu, 1 inisiatif yg patut dipuji. Imagine klu lps mandi dia tido .. sambil santai2 kat rumah... mesti team tu masih mencari
Quote my_irina 6-10-2023 08:19 AM
hihihi.....
Quote Perawankota 6-10-2023 08:39 AM
Adoiiii.........      
Quote esbok 6-10-2023 08:43 AM
cuba dia pun sama join tolong cari jugak
Quote mejaputih 6-10-2023 08:46 AM
esbok replied at 6-10-2023 08:43 AM
cuba dia pun sama join tolong cari jugak

pastu dia cari bersungguh2 sampai 2 jam...pastu baru tahu dia cari dia sendiri...lg naya...
Quote hareeeesah 6-10-2023 08:50 AM
Bahahah..iols bole imagine dia tgk org kerumun ramai-ramai dia slumber dtg ey sy org jatuh td sdh sini naik. Tp siapa yg call ? Xtgk ke org tu dh keluar ke apa
Quote esbok 6-10-2023 09:05 AM
mejaputih replied at 6-10-2023 08:46 AM
pastu dia cari bersungguh2 sampai 2 jam...pastu baru tahu dia cari dia sendiri...lg naya...

lepas tu menung, macam mana aku nak mengaku ni
Quote B40tastePosh 6-10-2023 09:08 AM
Beria ia Melayu tolong cari Myanmar, baik sungguh spesis @kemaruk .
Quote matamata 6-10-2023 09:08 AM
Bagus...datang semula bg kerjasama
Quote mejaputih 6-10-2023 09:55 AM
esbok replied at 6-10-2023 09:05 AM
lepas tu menung, macam mana aku nak mengaku ni

mau kena pelangkung ngan staff APM...
Quote mojarean_X 6-10-2023 09:56 AM
Ini kelakar
Quote Dalcott 6-10-2023 11:29 AM
btl la tu. bukan slah dia. men dia tau org report.
Quote kalchi 6-10-2023 11:31 AM
Tajuk berita ni i like
Quote mejaputih 6-10-2023 11:34 AM
iols tgk balik gambo dlm artikel di atas....tengok kegigihan APM cari sampai sanggup gayut kat lubang yang berbau dan kawan dia gigih pegang kaki...masa tu yg dalam lubang longkang tu punya la saspen kot mangsa dah lemas dalam tu...
Quote Decaffeinated 6-10-2023 12:30 PM
Mengingatkan kes nenek disangka hilang rupanya aman2 cuti2 terengganu.

Bezanya yang ini kelakar.

Quote adiksha 6-10-2023 02:54 PM
kelakar tapi rase kesian kat anggota APM tu
**
Quote Daftpunk_shine 7-10-2023 01:05 AM
Ko dah sedap2 balik rumah mandi2, makan tomyam, tengok tv..org kt sana tkial2 menyelam cari ko
Quote noor2 7-10-2023 08:01 AM
X mati pulak warga asing ni...menyusahkan rakyat Malaysia je..

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.083850 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top