CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berdosa Ke Jadi Janda?" Bekas Isteri ND Lala Digelar Musibat, Anak-Anak Dituduh Lapar Publisiti

5-10-2023 02:56 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4252| Komen: 11|Original author: Saiful

Kontroversi penceraian  Datuk ND Lala nampaknya masih belum berkesudahan.

Bekas isterinya, Fauziah Sarman kesal apabila menerima hinaan netizen di media sosial.

Foto: IG


Fauziah, 55, terkilan apabila ada individu menulis komen negatif membabitkan dirinya dan anak-anak di laman sosial.

Katanya, lelaki berkenaan mengutuk dan menggelar dirinya dengan panggilan yang tidak baik.



"Masuk Instagram saya dan kata saya serta anak-anak lapar publisiti. Panggil saya musibat dan kutuk saya janda," katanya di IG.

Dia juga sertakan sekali tangkap layar dipercayai akaun Instagram milik lelaki berkenaan.

Tidak melatah dengan komen itu, Fauziah secara halus turut mengucapkan terima kasih kepada lelaki tersebut.


Malah dia juga membuat telahan lelaki berkenaan ada pertalian darah dengan 'penyondol' yang dipercayai merujuk kepada isteri baharu ND Lala.

"Terima kasih hina kami. Awak pun lahir dari seorang perempuan. Memalukan sungguh lelaki mulut macam awak ini.

"Apa maksud musibat? Mentua bekas suami saya orang Melaka... saudara-mara penyondol itu ke?" ujarnya.


Untuk rekod, ND Lala atau Amir Hamzah Salleh, 62, melafazkan cerai terhadap Fauziah menerusi pesanan Whatsapp pada 2 Ogos lalu.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1989 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada, 25. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MeowPARSI 5-10-2023 03:54 PM
Ignore je, lg layan,, lg tmbah kronik
Quote butetah 5-10-2023 04:04 PM
MeowPARSI replied at 5-10-2023 03:54 PM
Ignore je, lg layan,, lg tmbah kronik

entah heh. baik fokus healing diri sendiri yg umur dah tak seberapa tu. bior je la siputlala tu dgn binimuda. dah cerai dah pun...elok fokus diri sendiri.

Quote noor2 5-10-2023 07:30 PM
Sebab tu la jgn keterlaluan mengutuk bekas laki di socmed..ko ingat bila ko kutuk burukkan bekas laki 100% org sokong ko ke kak...sebenarnya lagi ko diam lagi ramai sokong ko dari ko merempan mcm shuringai dan PS tu....

Quote rainbowrainz 5-10-2023 07:38 PM
Biarlah x laki hauk cari kebahagian diri dia sendiri Hakak ade anak2 yang sokong padu utk Hakak..lagi besttt...boleh chill chill selalu ngan anak2 n kengkawan ke kopi kopi ke khuens..xyah fenin2lah
Quote Antifake 5-10-2023 08:47 PM
Kenapa kena marah pada perampas laki akak.. akak patut bersyukur dia amik beban akak bertahun2.. akak dah patut bersantai sekarang
Quote DeLuna85 5-10-2023 09:37 PM
Ramai janda2 merentan hari2 dkt fb bgtau seantero alam dia tu janda. Undal banget
Quote tahanie 5-10-2023 10:45 PM
Bising doe
Quote kucingitam 6-10-2023 10:37 AM
jd janda tak dosa, tapi dosa membebel sana sini, mulut tak diam tu.. ingat org suka ke?
Quote KamikuP 6-10-2023 11:05 AM
Sharnaaz Ahmad tersenyum sinis
Quote LadyCarefree 6-10-2023 11:07 AM
Tidak melatah? Dia siap tabur benih fitnah mamat tu 'gang sana'.
Oklah kan ucap terima kasih kat mamat tu. Maknanya sukalah dengan komen tu. LOL
Quote asimilasi 6-10-2023 02:23 PM
tak berdosa sis jadi janda.... tp bila duk meroyan di IG ibarat sis saja yg suami dirampas... orang menyampah... itu signal for sis... so muhasabah diri senyap2 kat umah...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.049850 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top