CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Orang Kata Makin Elok Makin Susah Dapat Jodoh,"Umur Dah 57 Tahun, Belum Ada Wanita Yang Nak Tyzo

5-10-2023 10:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17716| Komen: 129

Kemenangan meraih trofi Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini adalah penghargaan buat diri Tyzo.

Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, berkata, jatuh bangun perjalanan karier seninya terbalas.


Foto: IG

“Bukanlah riyak, Alhamdulillah itu satu penghargaan yang diberikan oleh pihak TV3 dan Berita Harian kepada saya.

“Sangat bersyukur selepas 25 tahun dalam industri, dahulu pernah berlakon dan menyanyi, kemudian menghilang seketika. Dan kini di bidang radio pula,” katanya kepada Melodi.



Tyzo mengakui dia kini gembira dengan kehidupannya bersama seorang anak angkat lelaki bernama Noah Zachri.

“Bertemankan anak, saya ada anak bernama Noah Zachri.

“Belum ada yang ‘serah diri’ tapi kalau ada jodoh, ada lah. Saya juga nak bahagia bersama orang lain tapi bukan senang.


“Orang kata makin elok makin susah dapat jodoh. Saya juga pernah bercinta, putus cinta, ditinggalkan serta meninggalkan.

“Semua orang pernah mengalami peristiwa itu, umur saya juga dah 57. Alhamdulillah, ‘cekang’ lagi,” ujarnya.


ABPBH 35 menyaksikan Tyzo merampas dominasi rakan setugasnya, DJ Lin yang membolot kategori berkenaan pada ABPBH 29, 32, 33 dan 34.

Dua dekad berkecimpung dalam dunia penyiaran radio, Tyzo pernah meninggalkan Suria FM pada 2012. Namun, kembali semula ke stesen berkenaan pada 2016. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote oklatu85 5-10-2023 10:24 AM
Org takut dgn mulut abg t...kiki
Quote Nizleen86 5-10-2023 10:32 AM
Edited by Nizleen86 at 5-10-2023 10:33 AM

Hah??? Helok celah mana???
Quote lifeline 5-10-2023 10:34 AM
serious la dia 57 tahun?
wowww
Quote makita 5-10-2023 10:41 AM
Kalau baca dialog dia ckp ni mmg nampak mcm hermmm...tapi kalau dgr dia brckp masa interview dia mmg jenis bergurau santai2.
Quote aemon 5-10-2023 10:44 AM
muka kelempok.

masa muda2 dia hensem juga.ada berlakon kan.dj rtm tak igt radio muzik ke radio kl fm.
Quote kisahkeaku 5-10-2023 10:48 AM
eh 57 umur dia??nmpk muda laa.
dia ni baca caption boleh rengsa.tp bila dgr dlm radio elok pulak xde laa pick me syndrome pun mcm soeb
Quote NazRysha 5-10-2023 10:49 AM
Nampak muda la dia
So dia tua dari Kak Rara la kan
Quote naina 5-10-2023 10:54 AM
Betollah kan dulu2 dia pernah berlakon
Aku kenal muka dia dari lakonan
Rupanya DJ yg selalu aku dgr ni rupa familiar
Dah tua rupanyaaaaa tapi seriously awet muda sungguh
Mesti stress free ni atau pandai handle stress
Muka tak makan tua
Quote Lorra2411 5-10-2023 10:54 AM
x sangka umur dia 57 tahun...
Quote caramello 5-10-2023 10:56 AM
Seriously 57????? 47 aku pcaya la jgk..tp mcm x caye je dia lg tua byk dari shiera?????ke dia memain je ni
Quote Binodino 5-10-2023 10:57 AM
Try la ngorat lala sharmila tu. Mana tau berjodohan.

Nak try fafau pun boleh.
Quote Kacangmanis 5-10-2023 11:01 AM
Betul ke 57? Nmpk muda sgt.
Quote sangbara2020 5-10-2023 11:02 AM
mmg aku ske jek dgr dia ptg2 balik kje...
hilang stress kejap
Quote liesa10987 5-10-2023 11:04 AM
aritu ada tengok kak mah demenhuri balik haji ada bg hadiah dgn nama dia ni. Mungkinkah sdg mengenal hati bodi dgn adik beradik sweeeepppppdara
Quote helicornia 5-10-2023 11:04 AM
wow 57 yo
mudanya nampak. badan pun segak lagi
Quote IvyGorgon 5-10-2023 11:06 AM
Binodino replied at 5-10-2023 10:57 AM
Try la ngorat lala sharmila tu. Mana tau berjodohan.

Nak try fafau pun boleh.

Fafau kan skrg tgh rooting for dr saiful tu sampai geng konti menyakat sheols, terhibur lah sbb depa semua sporting
Quote ell2026 5-10-2023 11:06 AM
dia baru awal 40an..saje je cakap 57
Quote Heydidle 5-10-2023 11:06 AM
Msk benang ni semata nk confirmkan btl ke 57?? Kalau ckp 37 pun mmg pecaya.
Quote freyayong 5-10-2023 11:10 AM
xcaya aku 57. early 40s je ni. dulu dia dj rtm pakai nama tuah cmtu kan? iols je ke yg rengsa dgr suara dia ptg2 kat suria. haha.

Lihat semua komen(129)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:09 AM GMT+8 , Processed in 0.052876 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top