CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hafidz Roshdi Datang Mahkamah Auto Muka Bodoh Dan Pelik, Jumpa Awek Bukan Main Ceria"

5-10-2023 09:06 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 7770| Komen: 52|Original author: Saiful

Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada Mat Shukri dah bercerai pada 27 Julai lalu.

Namun kes berkaitan dakwaan memukul isterinya pada bahagian pipi sehingga cedera sebanyak tiga kali itu disebutkan semula di Mahkamah Kuala Kubu Baru pada pagi Rabu.


Foto: IG

Menerusi muat naik video sebuah portal hiburan, kehadiran Hafidz di mahkamah pagi tadi dengan bersut kelabu muda lengkap bertali leher mencuri perhatian warganet.




Malah, warganet turut mengkritik reaksi wajah polos pelakon itu yang didakwa sekadar lakonan.



Bukan itu sahaja, ada individu yang mendakwa pernah bertemu dengan Hafidz dan teman wanitanya yang dikenali sebagai Athira Yuhada namun wajahnya ceria sahaja. 


Berikutan perbicaraan tadi, mahkamah menetapkan semula tarikh perbicaraan kes tersebut pada 6 dan 7 Februari 2024.

Sebelum ini, Hafidz didakwa atas pertuduhan menumbuk pipi bahagian kiri Shuhada hingga cedera sebanyak tiga kali ketika sedang berbincang di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Selangor.


Walaubagaimanapun, Hafidz mengaku tidak bersalah atas tindakannya yang menyebabkan Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajah dan meninggalkan parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada berkahwin pada 30 April 2016 serta dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Humairah, 6 dan Umar, 3. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 5-10-2023 09:27 AM
Erm next time apis kena menyeringai ye macam ex janda ok k
Quote Burong_Hantuk 5-10-2023 10:11 AM
elok laaa drpd buat muka khinzirrr
Quote Nizleen86 5-10-2023 10:50 AM
Dah tu takkan nak menyeringai pulak dtg mahkamah. Posing sana sini, terpusing2 sambil tadah muka mintak kena interview. Ikut keadaan semasa la. Masa berlakon kena la ikut watak. Cari makan weiii. Karang ada yg kata dia tak beli beras.
Quote miss_strangers 5-10-2023 11:00 AM
Nizleen86 replied at 5-10-2023 10:50 AM
Dah tu takkan nak menyeringai pulak dtg mahkamah. Posing sana sini, terpusing2 sambil tadah muka min ...

Salah tu...patut apis kuar2 court je kena kejar wartawan...akberdin biar duduk belakang apis. Apis kena all out bercerita kat wartawan sambil nangis2...pastu kena cakap banyak kali kat wartawan, WATCH ME HAPPY!
Quote joy_ah 5-10-2023 11:11 AM
apis dah pakai cantik2 tau
Quote likilu 5-10-2023 11:26 AM
Fake akaun shuringai ke tuu
Quote kucingitam 5-10-2023 12:12 PM
aku cuma nak cakap, suit apis tu cantik,
Quote naina 5-10-2023 12:21 PM
Dia kan dah upah lawyer..haruslah lawyer yang menjawab semua. Hensem smart kemas je gaya dia. Tak perlu nak terhegeh2 kat wartawan dan cerita macam2.
Quote MeowPARSI 5-10-2023 12:28 PM
Apis mmg muka semulajadi keras mata terbeliak ler.. Berlakon pun mmg Camtu,, hahahaha

Sama je.. Ala ala bodo alang.. Chill chill sudeh,, both shuringai n apissshh I don't like hehehe
Quote Binodino 5-10-2023 01:19 PM
joy_ah replied at 5-10-2023 11:11 AM
apis dah pakai cantik2 tau

Tiber terbayang kalau apiz menceceh kat reputz macam janda dia buat

Quote _blackbird 5-10-2023 01:45 PM
dah tu nak soh si dak apis ni menyeringai mcm ex wife ke dan rampas micropon wartawan berceloteh byk dan pusing2 menyeringai mcm puteri sarah ke

Quote Diamondmoney 5-10-2023 01:47 PM
Netizen bodo pegi je jaga laki ko. Tah2 laki ko hari2 stalk jnda apis ni tgk gmbr menyeringai
Quote ctkusiam 5-10-2023 02:27 PM
Muka apiz memang blur ye..ke dia buat2 blur hihi
Quote doubleA 5-10-2023 02:34 PM
Betul la mcm muka lembam bodo2 alang je. Dari dulu lagi camtu. Time berlakon je nampak normal
Quote ezacbee 5-10-2023 02:39 PM
Ko pakai mask jelah. Senang. Xde orang komen lebih2. Dah pakai suit pun kena kecam gak.

Quote MsKantoiLagi 5-10-2023 03:08 PM
Mohon HR tinggalkan kepala dirumah ketika menghadiri kes di mahkamah atau mohon pakai helmet wakakakakaka
Quote telracs 5-10-2023 03:46 PM
Mohon pencerahan...
Apakah perbezaan antara Hafidz dengan Shu?
Rujuk gambar di bawah...
Quote KelisaSilver 5-10-2023 04:59 PM
aku tak sabar nak tgk dia ni kawin nak penyondol tu. aku nak tgk apa jadi. adakah bipolar dia akan terus hilang and hidup happily ever after? hmmmmmm
Quote she 5-10-2023 05:11 PM
Go Apis go
Lawan Gone Girl itewww

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.081607 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top