CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dituduh Pikat Dan Bawa Lari Isteri Orang, 3 Hari Shah Radhy Ditahan Dalam Lokap "Saya Bukan Lelaki Jahat"

4-10-2023 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4025| Komen: 9

Shah Radhy tak mungkin lupa dengan pengalaman tiga hari ditahan dalam lokap.

Terkesan dengan peristiwa hitam yang berlaku pada tahun 2020 itu, Shah atau Muhd Shah Radhi Hazvee, 27, berkata dia mengambil masa lebih dua minggu untuk berdepan dengan orang ramai selepas mahkamah memutuskan dia bebas pertuduhan memikat dan membawa lari isteri orang.


Foto: IG

"Ketika dipanggil memberi keterangan, saya terus ditahan lokap selama tiga hari. Ketika itu fikiran saya kosong... tak tahu apa berlaku sehingga susah untuk tidur.

"Saya yakin tidak bersalah jadi tiada apa yang perlu dibimbangkan, cuma jadi keliru kerana itu pengalaman pertama dan sampai sekarang sukar untuk saya lupakan.

"Selepas bebas pertuduhan pun saya tak keluar rumah. Rasa takut nak berjumpa orang ramai. Dua minggu rasanya saya berkurung selepas dibebaskan dari lokap," katanya kepada mStar.


Untuk rekod, Shah ditahan dilokap Ibu Pejabat Polis Ampang, Selangor pada 25 Mei 2020 selepas satu laporan dibuat terhadapnya.

Bagaimanapun, pada 5 Disember tahun lalu Mahkamah Majistret Ampang membuat keputusan membebaskan Shah daripada pertuduhan berkenaan.

Shah sebelum itu didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu Kelakuan Aib.

Susulan kejadian itu, Shah berkata dia mengambil keputusan untuk menukar nama pentas yang sebelum ini dikenali sebagai Shah Hasvee.

"Nama itu rasanya terlalu berat buat saya. Selepas kes yang berlaku saya rasa perlu penjenamaan semula.

"Sebab itu saya rasa perlu tukar nama. Kalau boleh jangan orang terus ingat nama sebelum ini dengan kes mahkamah itu.

"Saya sekarang Shah Radhy dan sedia untuk terus aktif berlakon dan kembangkan kerjaya seni,” ujarnya.

Menyedari insiden itu masih menjadi bualan, Shah berharap orang ramai dapat mendekati dirinya dengan lebih rapat supaya lebih mengenali peribadi sebenar dirinya.

"Kes sebelum ini telah terbukti saya tidak bersalah. Tiada apa untuk saya malukan. Cuma orang akan terus meletakkan tanggapan negatif terhadap saya.

"Kalau ada yang berfikir begitu, silakan dekati dan kenali saya lebih rapat. Saya bukanlah seorang lelaki jahat," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 4-10-2023 09:01 AM
Pesal makin kurus n tak encem
Quote Suchi 4-10-2023 09:11 AM
Kes apa nih, kena covid bbrp kali iols pun byk lupa dah
Quote anilanil 4-10-2023 09:19 AM
Mamat ni ke yg ada title dato & nak buka pub muslim friendly tu?
Quote beni_nikaido 4-10-2023 09:30 AM
sape ni?
lain kali jangan involve dengan bini orang.
elakkan la diri dari disondol dan menyondol
Quote gerbera.memopad 4-10-2023 10:01 AM
Tukarlah nama sekalipun, tetap tak kenal dia ni siapa atau apa produknya
Quote KamikuP 4-10-2023 04:44 PM
Ko sape dek pakai rantai nak jadi acik Zainal Abidin 2.0?
Quote September14 4-10-2023 04:46 PM
Taste muka mcm dia ni…. Cuma kena sado balik
Quote Orix 4-10-2023 09:00 PM
eh da kurus nsem pulak
Quote wirazam 4-10-2023 09:44 PM
Whoare yuss setann

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.030007 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top