Penyanyi, T.O.P terpaksa menangguhkan hasrat menyertai misi ke bulan dijadualkan berlangsung tahun ini. Penangguhan tersebut dibuat susulan kapal angkasa yang sepatutnya membawa mereka ke bulan masih belum disiapkan.
Profesor dari Universiti Kyunghee iaitu Kim Sung Soo turut menjangkakan misi diberi nama Dear Moon itu berkemungkinan tidak boleh dilaksanakan dalam masa terdekat. "Kami telah melengkapkan kontrak dengan usahawan dari Jepun untuk memiliki roket yang diberi nama Starship. "Mengikut perancangan awal, kami sepatutnya sudah berada di bulan tapi pembinaan Starship oleh syarikat SpaceX tergendala. "Misi tersebut tidak akan diteruskan dalam tahun ini dan mungkin juga tidak dalam masa beberapa tahun akan datang," jelasnya dalam satu kenyataan. Dear Moon merupakan satu misi yang direncanakan oleh seorang jutawan dari Jepun bernama Yusaku Maezawa untuk membawa lapan orang berpengaruh dari seluruh dunia mengelilingi bulan selama enam hari.
T.O.P yang juga merupakan bekas anggota kumpulan kpop Big Bang adalah salah seorang terlibat dalam misi berkenaan. Rancangan tersebut diumumkan Disember tahun lalu dan turut mendapat kerjasama syarikat SpaceX milik usahawan terkenal Elon Musk. Sumber: mStar |
I.K.A888990 replied at 4-10-2023 09:28 AM
mcm mana la top ni boleh terjebak dgn projek ni eh
mcm kelakau pn ada
I.K.A888990 replied at 4-10-2023 09:28 AM
mcm mana la top ni boleh terjebak dgn projek ni eh
mcm kelakau pn ada
Madel replied at 28-10-2023 08:49 AM
Pergi la main movie lagi TOP ooi
aku suka sungguh karektor n personality dia dlm movie2.
Amik la lag ...
Yoonggi replied at 1-11-2023 01:51 PM
Jutawan Jepun yg ajak dia. Tatau la kot jutawan tu sponsor ke hapa. Sbb mhl wo fees dia
ADVERTISEMENT