CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Kelibat Wanita Hamil Dalam Rumah Jungkook Jadi Tanda Tanya, Ada Pula Kata Video Suntingan

3-10-2023 11:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 961| Komen: 0

Description: Nama penyanyi Jungkook menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video kelibat seorang wanita di dalam rumahnya yang terletak di Brunnen Cheongdam, Korea Selatan.Allkpop melaporkan individu yang memua ...
Nama penyanyi Jungkook menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video kelibat seorang wanita di dalam rumahnya yang terletak di Brunnen Cheongdam, Korea Selatan.

Allkpop melaporkan individu yang memuat naik video tersebut mendakwa wanita tersebut yang tidak diketahui identitinya didakwa sedang hamil.



Menerusi video yang tular di aplikasi Weibo itu memaparkan seorang lelaki menyerupai Jungkook sedang memeluk erat seorang wanita.

Hasil siasatan netizen juga mendapati perabot rumah yang dipaparkan mempunyai persamaan dengan kediaman Jungkook sekali gus membuatkan ramai yakin video berkenaan asli.

Tidak hanya itu, peminat turut mengenali anjing milik Jungkook iaitu Doberman yang turut berada dalam video tersebut.


Bagaimanapun ada dalam kalangan peminat berpendapat video berkenaan telah disunting bagi memperlihatkan lelaki tersebut seperti Jungkook.

Jungkook masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan sejak ia tersebar 30 September lalu.


Sumber: mStar



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045179 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top