CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Kamu Sorok... Kamu Jaga' - Anwar

3-10-2023 12:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7960| Komen: 32

Bentong: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dikesan mengambil kesempatan dengan menyorok stok beras putih tempatan (BPT).


Perdana Menteri menegaskan, kerajaan akan mengheret pihak berkenaan ke muka pengadilan sekiranya didapati melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu.


Beliau mengaku memang ada pihak yang sanggup bertindak sedemikian di tengah-tengah kekurangan stok bahan mentah dalam pasaran negara, demi mengaut keuntungan.

"Kemudian ada juga dalam kalangan yang salah guna, sorok, simpan... saya beritahu kepada saudara Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu), arahan yang jelas kepada badan penguat kuasa. Kalau ada yang berani buat perangai buruk dalam keadaan orang susah mencari beras, kamu sorok... kamu jaga.

"Kami akan cari kamu dan sama ada bawa kamu ke mahkamah... Tengah orang susah, masa itu kamu nak cari untung," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani di Dataran Simpang Pelangai, di sini, malam ini.


Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), dan Mohamad yang juga Presiden AMANAH.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi BN Pahang, dan Timbalan Ketua Kepimpinan Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) merangkap Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman, turut hadir.


Sumber: BH Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-10-2023 12:33 AM
Ok ..kasik up satu ceritala...nktgok ade yg dh kne tgkap tak
Quote daisy71 3-10-2023 04:02 AM
Bukan beras sahaja ya...gula dan minyak juga.
Quote lanacondor 3-10-2023 04:58 AM
daisy71 replied at 3-10-2023 04:02 AM
Bukan beras sahaja ya...gula dan minyak juga.

Betul semua barang subsidi pantau la
Quote Buritan 3-10-2023 05:54 AM
lanacondor replied at 3-10-2023 04:58 AM
Betul semua barang subsidi pantau la

Ontahhlee.. brg mkn plk yg mahal tuu.. kondom kee pembaris kee kain kee.. tak naik rege plkk.. tang baramg mkn naik rege.. ape je yg sumbat masuk dlm perut teruss naik regee.. sayoo pun naik regee.. kankung pun naikk.. srai kunyit.. semua naikkk.. yg tak naik kotee eje kott.. mcm tuu mcm tuu jugak

Quote Firenzza 3-10-2023 06:57 AM
SHAH ALAM – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) menafikan berlaku kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran berpunca daripada aktiviti sorok bekalan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun beliau akui mendengar mengenai dakwaan itu, namun setakat ini ia hanya sekadar khabar angin.

.........Gomen cacamarba mat sabun nafikan ada kegiatan sorok beras tp pmx serbatau ckp ada sorok......ujong2 naik rega beras tarik subsidi sbg hukuman
Quote MissYouSayang 3-10-2023 07:26 AM
Oh rhopernyeh salah matsabughit la ni yg sorok beras selama ni..tq eljuburi kerana dah jadi hero lagi sekali.
Quote ChildrenOfBodom 3-10-2023 08:01 AM
macam sorok semen dalam juboq sipul kaa?
Quote zehra2 3-10-2023 08:07 AM
beras nk sorok jd bubuk laa.
tp repack n campur.. ya.
selalu mkn beras basmathi jasmin. harga kekal je $39.90/5kg
tgk beras sekinchan dulu $13/5kg.. smlm dah jd $19.90.
Quote A-Are 3-10-2023 08:12 AM
Dengar dekat radio tadi, kemain garang yer suara PMX...berdegar degar
Quote grouper 3-10-2023 08:12 AM
Asal buka mulut je..
Quote Firenzza 3-10-2023 08:33 AM
MissYouSayang replied at 3-10-2023 07:26 AM
Oh rhopernyeh salah matsabughit la ni yg sorok beras selama ni..tq eljuburi kerana dah jadi hero lag ...

Masa jd pembanggang bkn main dabik dada...."saya pernah jd muntri belas2 tahun, kalau ada isu rkyt kita dah kesan 6 bln sblm berlaku.....banggang, hang x reti jaga negeri ini" kata nuart berapi2 salahkan najibun sbb ayam naik rega & ringgit menjunam

...lepas jd gomen rkyt dh berebut beras berbulan2 baru nk suruh mat sabun runding dgn india, sabun ckp xde sorok nuart ckp ada sorok....RM jatuh plk petanda bagus utk negara....kata raja gila formula lapiji
Quote MissYouSayang 3-10-2023 08:42 AM
Firenzza replied at 3-10-2023 08:33 AM
Masa jd pembanggang bkn main dabik dada...."saya pernah jd muntri belas2 tahun, kalau ada isu rkyt ...

Rakyat kena main dgn madanon.

https://m.facebook.com/story.php ... amp;mibextid=Nif5oz
Quote Firenzza 3-10-2023 08:51 AM
MissYouSayang replied at 3-10-2023 08:42 AM
Rakyat kena main dgn madanon.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02eSSDiNrdaknSbSY ...

Kot geng2 nuart yg pi sorok beras nak tengok lagu mana dia punya spin......aritu setaz howard sentuh 3r xde plk pulis ketuk umah 3 pagi
Quote lostnfaun 3-10-2023 09:00 AM
Firenzza replied at 3-10-2023 08:33 AM
Masa jd pembanggang bkn main dabik dada...."saya pernah jd muntri belas2 tahun, kalau ada isu rkyt ...

dia punya sembang. hahaha
Quote dewimalam78 3-10-2023 09:10 AM
Susah dah nak percaya cakap2 anwar ni
Quote ifanonline 3-10-2023 09:12 AM
kasi tangkap sama itu malaun2
Quote sangbara2020 3-10-2023 09:14 AM
mmg kisahnya brg yg berkepentingan cmni naik rege..sbb xmkn kita nkmkn apooo
Quote ally9970 3-10-2023 09:22 AM
Takat cakap jer, nenek aku pun boleh buat...
Quote brego 3-10-2023 09:28 AM
at least bersuara jugok bang non

nak harap mat sabu,
asal bukak mulut jer nampak bangang

orang tanya kenapa warga asing boleh borong dan sorok barang subsidi,
dia kata, warga asing pun perlu makan juge

bodoh nak mampus

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.054080 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top