CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Seolah-Olah Hina Muka Tak Kacak, Elly Mazlein Minta Maaf Kepada Cliff Umar Sebab Terlanjur Bermulut Celupar

2-10-2023 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7139| Komen: 35

Cliff Umar langsung tak ambil hati dengan gurauan dibuatElly Mazlein ketika pertandingan minggu pertama program All Stars Gegar Vaganza.

Katanya dia memahami Elly hanya menjalankan tugasnya sebagai hos program itu bagi menghidupkan suasana daripada menjadi hambar.


Foto: mStar

"Dia (Elly) hanya menjalankan tugasnya sebagai pengacara, dia menghiburkan orang dan itulah cara dia bekerja.

"Saya tak nafikan memang itu yang netizen suka... Tidak mengapalah, apa sahaja yang dia katakan hanya sebagai tuntutan kerjanya sebagai hos.

"Saya langsung tak simpan dalam hati atau tersinggung akan perkara itu malah saya hormatinya sebagai pengacara," katanya kepada mStar.

Pada konsert minggu pertama itu, Cliff yang baru selesai membuat persembahan dilihat dalam keadaan berpeluh.

Elly mengusik Cliff dengan memberitahu mahu mengambil tisu mengelap peluh di wajahnya namun tidak melakukan hal demikian kerana bimbang dimarahi suami.


Bagaimanapun rakan pengacara, Nabila Ahmad tiba-tiba mengusik tindakan Elly itu sebagai berat sebelah kerana sebelum itu dia kelihatan mesra dengan peserta Singapura, Hardy Mirza.

Foto: mStar

Secara spontan, Elly memberitahu 'kita tengoklah siapa orangnya' yang seolah-olah memberi gambaran dia tidak menyukai paras rupa Cliff.

Dalam pada itu, Cliff berkata, ketika kejadian dia sebenarnya tidak dapat menangkap apa diperkatakan Elly namun pengacara itu datang bertemunya di belakang pentas meminta maaf.

"Sejujurnya pada waktu itu saya tak dengar apa yang dikatakan olehnya tapi masa dia minta maaf di belakang pentas saya tengah blur dengan apa yang berlaku.

"Kenapa dia minta maaf? Apa dia buat? Sekali lagi saya katakan dia hanya melakukan tugasnya sebagai pengacara," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Cliff yang tersingkir pada minggu kedua ASGV memberitahu akan memberi fokus sebagai vokalis baharu kumpulan Meet Uncle Hussein bersama Hazama.

Kata Cliff, mereka bakal membuat kejutan pada malam konsert yang bakal diadakan di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur Disember ini.

"Perancangan saya selepas ini adalah untuk memberi fokus kepada Meet Uncle Hussain. Saya merupakan vokalis baharu kumpulan itu tetapi berkongsi posisi bersama Hazama.

"Untuk konsert yang bakal diadakan tidak lama lagi, Meet Uncle Hussain akan membuat satu jalan cerita... dan daripada situ peminat akan faham mengapa saya dan Hazama muncul sebagai vokalis kumpulan berkenaan," katanya.

Pada malam Ahad, Cliff dan Suki diumumkan peserta yang tersingkir di minggu kedua ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Cliff yang menyanyikan lagu Laskar Cinta gagal menambat hati juri apabila berada di kedudukan tercorot dengan markah 53.25 peratus.

Sementara itu, Hady Mirza pula mendapat markah tertinggi iaitu sebanyak 79 peratus, diikuti Jaclyn Victor (75.5) dan Azharina berada di kedudukan ketiga (74.5). -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anilanil 2-10-2023 02:08 PM
Nak lap kena pakai mop acik...Mcm menitik sampai ke lantai je peluh tu.
Quote Burong_Hantuk 2-10-2023 02:12 PM
muka kau pun alter sana sini....dasar x sedar diri
Quote Burong_Hantuk 2-10-2023 02:14 PM




Quote DianaSaksen 2-10-2023 02:16 PM
Cliff tu ada rupa juga kak kepom
Kalau digroom lagi
Macam bront palarae tall Dark handsome
Quote lea_kdo 2-10-2023 03:18 PM
entahlah bila dikenang kes cliff ni x bagi nafkah anak tu rasa mcm patutpun x simpan lg dlm GV.. cukupla tu
Quote HoneyManjer 2-10-2023 03:51 PM
yawnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Quote kaseh80 2-10-2023 04:08 PM
Edited by kaseh80 at 2-10-2023 04:09 PM

Kepom kena sedOR DIRI TAK SEMUA BLH di buat DILAWAK
sendakan rupa manusia hensem atau tidak
Menunjukkan dia low class and it shows u are so vain
Quote Bonger 2-10-2023 07:51 PM
Muka Elly Mazlein dengan Liza Hanim time muda seiras macam adik beradik
Quote hanihan16 2-10-2023 08:20 PM
lea_kdo replied at 2-10-2023 03:18 PM
entahlah bila dikenang kes cliff ni x bagi nafkah anak tu rasa mcm patutpun x simpan lg dlm GV.. cuk ...

cliff ni kalau bercakap humble & merendah diri orangnya. cakap pun mcm tak sakitkan hati orang. tapi betul i menyampah dgn kes dia tak ambik tau pasal anak2 tu. kesian wife tonggang tebalik carik duit
Quote bottombikini 2-10-2023 08:32 PM
kisah minah tangkai jering ni lagi
adoyaii boringnye
Quote Kurex 2-10-2023 08:37 PM
Balik2 cerita pasal pengacara GV terlepas cakap. Bosannyaaaaaaa ingatkan alep ajis, hadi mirza comolot atas pentas..
Quote tikusmontok 2-10-2023 08:39 PM
Edited by tikusmontok at 2-10-2023 08:41 PM
Burong_Hantuk replied at 2-10-2023 02:14 PM


Laaa ni muka asal ke? Sungguh desa permai.Lain bebenor, byk renovate
Quote dua_chzy 2-10-2023 09:56 PM
tikusmontok replied at 2-10-2023 12:39 PM
Laaa ni muka asal ke? Sungguh desa permai.Lain bebenor, byk renovate

Actually di era tu muka cam Elly ni kira comel la juga.
Quote AWEKSAMURAI 2-10-2023 10:00 PM
Kurex replied at 2-10-2023 08:37 PM
Balik2 cerita pasal pengacara GV terlepas cakap. Bosannyaaaaaaa ingatkan alep ajis, hadi mirza comol ...

Choiiiiii kurex hahaa
Quote AWEKSAMURAI 2-10-2023 10:00 PM
tikusmontok replied at 2-10-2023 08:39 PM
Laaa ni muka asal ke? Sungguh desa permai.Lain bebenor, byk renovate

G komen gitu kat Ig kak lina mampos ko kena block aku ni dh lama kena block dgn kak lina hahaha
Quote Binodino 2-10-2023 10:06 PM
Kena control sikit hyper awak tu, kepom oi. Awak tu dah 4 series. Masa muda taknak hyper. Dah tua2 baru nak hyper memang la ramai kecam. Hyper masa bawak watak mona kampung people tu dah la. Kalau sepanjang masa nak hyper orang pun meluat.

Quote rayna_raynes 2-10-2023 10:13 PM
Warna sebenar dia dah mula terserlah haha. Narsisistik... superficial...
Quote Manusiabesa 2-10-2023 10:38 PM
Kepom, jihan mus# dgn so called haji -abil tu mmg tiga2 ni mulut celupar.diri sndiri hodoh gila, sorg alter muka..sorg hantu gigi, sorg bibior tebei.... tp masing2 lupa diri...body shaming org lain acah2 diri sndiri tu lawa segak mcm puteri putera bunian...puiiii. aku dh lama xtgok tv...retis local mmg merepek
Quote MadameOnion 3-10-2023 08:57 AM
DianaSaksen replied at 2-10-2023 02:16 PM
Cliff tu ada rupa juga kak kepom
Kalau digroom lagi
Macam bront palarae tall Dark handsome

macam saiful apek la

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.040345 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top