Lama berdiam diri, akhirnya Ira Kazar tampil mempertahankan diri susulan dia dituduh memiliki akaun palsu yang digunakan untuk menganggu bekas madunya, Puteri Sarah Liyana. Ira atau Faghirah Fatini Kazaruddin, 28, juga meminta isteri pelakon Azlan Komeng memeriksa telefon miliknya sekiranya terdapat akaun palsu seperti didakwa.
"Dekat mana aku buat akaun palsu? Cuba tengok telefon aku kak... Pantau sikit telefon aku kak," katanya menerusi satu sesi Live. Dalam rakaman tersebut, Nur Nilam memberitahu Ira hanya memiliki satu telefon sahaja bagi memastikan netizen tidak terus membuat sebarang tuduhan terhadap Ira. "Aku tahu Sarah orang baik... Ira pun orang baik. Cuma nak buat macam mana. "Aku pegang telefon dia, Ira ada satu telefon sahaja," jelasnya. Menerusi siaran langsung itu juga, Nur Nilam memberitahu Ira bertemu dengannya untuk belajar memasak Tomyam. "Ira tengah tunggu Sol (Syamsul) dia keluar sekejap tadi. Sol datang ambil nanti, dia balik lah. Ira datang rumah aku pun nak belajar masak Tomyam," ujarnya. -CARI
|
fefeeling replied at 2-10-2023 02:00 PM
Basic btol muka bila tgk rupa cam akak cashier kt aeon jusco je
Diamondmoney replied at 2-10-2023 01:39 PM
Sibuk la nilam ni. Ko nk apa. Nk glmor. Nk jadi retis . Nk perhatian netizen ???
Jgn tmbh semak dlm ...
ADVERTISEMENT