CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bapa Mentua MK K-Clique, Suami Noniswara Meninggal Dunia

2-10-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10986| Komen: 60

Suami Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin Sheikh Ahmad meninggal dunia pada malam Ahad.

Menerusi posting di media sosialnya, Nonis, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halamannya di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk dikebumikan.


Aktres itu berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.

Foto: mStar

Untuk rekod Sheikh Nordin juga bapa mertua kepada penyanyi MK K-Clique dan dia turut berkongsi hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.

Pada 16 Jun lalu, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, dan Siti Hajaar sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.

Foto: mStar



Apa yang menarik mengenai Allahyarham, beliau membina sebuah rumah agam iaitu Dato' Syeikh Residences di Kampung Batu Gading, Temerloh inspirasi daripada beberapa buah bangunan yang terdapat di Asia Barat, Turki, China dan Uzbekistan.

Rumah itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung dan keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam masing-masing sebagai bekalan dunia dan akhirat.

Berita penuh akan dilaporkan kemudian. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 2-10-2023 10:59 AM
Saket apa.siannya. tgok ig nonis, baru ogos smbut besday suami..tp nmpk suami tu dh xbapa sihat. Smpai skrg aku doubt lg betul ke nonis ialah kakak tiri pijo? Xpaham. Mama pijo penah nikah dgn laki lain slain ayah pijo ke cane. Ke nonis ialah anak kpd ayah pijo dgn isteri lain?
Quote 3chanceno 2-10-2023 11:08 AM
Innallillah & takziah buat famili.

Hebatnya acik nie, dah 3x nikah
Quote slyfynx 2-10-2023 11:10 AM
Untuk rekod Sheikh Nordin juga bapa mertua kepada penyanyi MK K-Clique dan dia turut berkongsi hantaran berupa ucapan takziah mengenai berita sedih itu.


Ayat wartawan mcam x belajar BM.
Jenuh aku pikir nape arwah nk ucap takziah.
Quote Burong_Hantuk 2-10-2023 11:10 AM
takziah walau x berkenan dgn si MK laki bini...
Quote duradanis 2-10-2023 11:20 AM
Manusiabesa replied at 2-10-2023 09:59 AM
Saket apa.siannya. tgok ig nonis, baru ogos smbut besday suami..tp nmpk suami tu dh xbapa sihat. Smp ...

sakit jantung kot. tapi tengok story dia sbelum ni suami dia dah koma 33 hari cm tu..
Quote imanjannah 2-10-2023 11:27 AM
innalillahwainnalillahirojiun...
Quote manehnya 2-10-2023 11:32 AM
Aktres itu berkahwin dengan usahawan berkenaan sejak tujuh tahun lalu yang merupakan perkahwinan ketiganya.


ada anak tak dgn suami ni, lepas ni leh tambah koleksi lg neknis
Quote Sazreena 2-10-2023 11:48 AM
Walaupun aciknis membilang laki tapi kekdah dia dipandang suci compared to anak semail hudson. Jadi balu ongkaya pun pedahal en..reta kepok tu.
Quote rotiban 2-10-2023 11:57 AM
so anak pompuan dia yg muka mcm seripah rose tu kiranya anak dgn somi ni ke cane?
Quote gerbera.memopad 2-10-2023 12:03 PM
Sazreena replied at 2-10-2023 11:48 AM
Walaupun aciknis membilang laki tapi kekdah dia dipandang suci compared to anak semail hudson. Jadi  ...

Sebab dia low profile je. Kalau idok, forumer mana kira acik, akak, abang, adik-adik sekalipun kalau nak menghencap
Quote Zeatyisaac 2-10-2023 12:07 PM
Manusiabesa replied at 2-10-2023 10:59 AM
Saket apa.siannya. tgok ig nonis, baru ogos smbut besday suami..tp nmpk suami tu dh xbapa sihat. Smp ...

Mereka adik beradik tiri, bukan adik beradik seibu atau sebapa. Takde pertalian darah pun, kalau tak silap lah kan?
Quote kechikchomel 2-10-2023 12:09 PM
so, masa arwah ni meninggal, acik nonis ni the only wife atau ada bini yg lain?
dgn mak mertua mk ni serai kan?
Quote Manusiabesa 2-10-2023 12:10 PM
Zeatyisaac replied at 2-10-2023 12:07 PM
Mereka adik beradik tiri, bukan adik beradik seibu atau sebapa. Takde pertalian darah pun, kalau t ...

Tiri cmno klu xrelate lgsg? Mesti berkait salah sorg. Ibu atau ayah. Ke ngko paham cano,. Explain sikit cara ngko paham.
Quote Kancilkering 2-10-2023 12:14 PM
kesiannya nonis….:jodoh singkat….
Quote Perawankota 2-10-2023 12:16 PM
Takziah buat keluarga arwah..
Quote miznieda 2-10-2023 12:18 PM
kalo sama ibu lain ayah panggil adik beradik seibu...
kalo sama ayah lain ibu panggil adik beradik seayah...
tetap adik beradik bukan panggil adik beradik tiri...
adik beradik tiri tu kalo ibu (dah ada anak sorang) kawen dgn ayah (dah ade anak sorang) dari perkahwinan lama...mmg takda pertalian lansung yg tu dipanggil tiri
Quote aemon 2-10-2023 12:25 PM
nonis ni lawo muka manis je.tp dia tak nampak bich macam NK.
Quote Lavender_Violet 2-10-2023 12:28 PM
rotiban replied at 2-10-2023 11:57 AM
so anak pompuan dia yg muka mcm seripah rose tu kiranya anak dgn somi ni ke cane?

Rasanya bukan anak dgn somi yg meninggal ni sbb ikut artikel tu wartawan ckp Nonis dh kawen 7 tahun dgn heols
Anak dia tu dah anak dara, early 20s
Sheols pencaras jua kah dgn laki yg arwah ni?
Quote tokchik 2-10-2023 12:29 PM
Manusiabesa replied at 2-10-2023 10:59 AM
Saket apa.siannya. tgok ig nonis, baru ogos smbut besday suami..tp nmpk suami tu dh xbapa sihat. Smp ...

mak sedara setau aku

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.046338 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top