Univrse Interactive Sdn Bhd dan Luncai Emas Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MOU) bagi kerjasama pembangunan permainan video Empayar: The Melaka Chronicles Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, hari ini.
Diberi mandat mengendali aspek muzik, komposer dan penyanyi Datuk M. Nasir mengakui sangat teruja diberi kepercayaan menjadi sebahagian daripada sejarah bakal dicipta projek terbabit. "Saya tidak bayangkan yang saya akan buat lagu untuk 'games'. Yang saya tahu bila buat lagu, saya ada peluang buat untuk filem, drama-drama TV, persembahan 'live', dan sebagainya. "Tapi tak tahu ada lagi (peluang) dalam dunia digital ini. Mengamalkan satu platform kreativiti yang sekarang sangat-sangat popular. Sebagai pencipta lagu, saya sangat teruja. "Memang saya tunggu bila muda-mudi kita nak buat projek begini. Kita tahu, kita main 'games' rekaan budaya-budaya China, barat. Tapi mereka yang berfikir ke arah itu dan melaksanakan cita-cita," katanya.
M. Nasir menyahut kerjasama itu sebagai cabaran baharu buatnya sebagai pejuang seni muzik yang berkait dengan budaya bangsa Malaysia. "Buat lagu untuk ini sebenarnya sangat susah. Kita nak kena pandai, kena faham corak medianya. Ini adalah satu cabaran yang menarik bagi saya. "Sejak saya menceburkan diri dalam bidang muzik, saya mempunyai satu tekad untuk mempopular dan mengembangkan karya bangsa kita. Saya sungguh bersyukur mereka melihat saya pejuang begitu walaupun saya buat bermacam muzik," katanya. Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse Interactive, Mohd Hezri Amir Abdul Latif berkongsi pembikinan permainan itu kini sudah mencecah 60 peratus sebelum pelancarannya. "Kami sedang bekerjasama dengan Luncai Emas dan ada lagi untuk pembahagian aspek dalam permainan. Sambil itu, kami juga hasilkan model karakter-karakter daripada lapan dan akan ditambah lagi. "Peringkat-peringkat yang ada dalam (game) itu pun kami rancang adakan 10 dulu untuk pelancaran pertamanya. Kami sudah buat sehingga peringkat enam. Jadi boleh katakan dalam 60 peratus siap, masih lagi dalam pembikinan," katanya. Kerjasama strategik bertujuan menawan pelbagai domain dalam landskap Permainan dan Hiburan Digital. Buat masa ini, jalinan itu memfokuskan kepada pembangunan berkaitan muzik untuk permainan terbabit. Sumber: Harian Metro
|
jas7512: Sifu..in case you x tahu ada l ...
A-Are replied at 2-10-2023 05:59 AM
salah 1 cara nk promote lagu ke golongan muda belia sbb dorang suka main game. Cuba bayang main pubG ...
TabletSusu replied at 2-10-2023 03:47 PM
tp muzik lagu semerah padi tu mmg berhantu kan
ADVERTISEMENT