CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kalau Perlu Beli Dua Kampit Beras, Beli Dua Sahaja’

29-9-2023 02:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8305| Komen: 11

Pasir Salak: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menasihatkan rakyat supaya tidak panik dengan dakwaan kekurangan bekalan beras tempatan dalam pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kebimbangan rakyat hingga menyebabkan berlaku pembelian panik, tidak sewajarnya terjadi kerana bekalan makanan ruji utama rakyat di negara ini masih ada.


Mohamad Sabu (dua dari kanan) melakukan demo menanam padi menggunakan mesin penanam padi (transplanter) di Felcra Bhd Seberang Perak hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI/ KOSMO!

Sehubungan itu katanya, pengguna dinasihatkan untuk membeli barangan tersebut mengikut keperluan keluarga.

“Beras ada (dalam pasaran), cuma jika perlu beli dua kampit sebulan maka beli dua kampit, bulan depan beli lagi. Ini bila baca blog (dakwaan beras kurang), mula cemas dan anggap dua ke tiga bulan lagi beras tiada, jadi mereka beli beras sampai empat ke lima kampit.


“Bila beli banyak dan simpan sampai hingga dua ke tiga bulan, beras itu pun akan rosak di makan bubuk (kutu beras) dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ladang Kekal Pengeluaran Benih Padi Felcra di Seberang Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Sabu berkata, komitmen kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan rakyat mendapat bekalan beras mencukupi terutama menerusi inisiatif Jualan Rahmah Beras di bawah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).

Dalam perkembangan sama beliau berkata, kerajaan juga tidak berdiam diri dalam menangani isu bekalan beras tempatan dan telah merangka beberapa usaha jangka panjang bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara.

Katanya, ini termasuk menambah lagi Projek Smart Sawah Berkala Besar (Smart SBB) selain menjalinkan kerjasama bersama syarikat swasta untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak serta permohonan agar pengeksportan beras putih dari India diteruskan ke negara ini.

Terdahulu, Mohamad Sabu turut menyampaikan bakul makanan melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) KPKM kepada 50 pesawah. 


Sumber: Kosmo! Online



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 03:03 PM
@CiliPadiSedap beli berapa kampit?
Quote CiliPadiSedap 29-9-2023 03:21 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2023 03:03 PM
@CiliPadiSedap beli berapa kampit?

kaka beli beras import, tp jeling juga beras tempatan. beli untuk somi n anak. sebab kalau ada duit n mampu jgn ambil hak orang miskin. dosa. nanti masuk kubur keluar asap vape
Quote CiliPadiSedap 29-9-2023 03:24 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2023 03:03 PM
@CiliPadiSedap beli berapa kampit?

sistur dh beli beras ke? kt shopee ada jual penyedut oxygen boleh simpan beras dalam botol atau tempayan tp kena seletip untuk tahan lama



cuma kutu hitam beras je. tiada siapa ajar nak bunuh ada forumer cakap letak dalam peti ais. bg kutu hitam mati.
Quote Skuau 29-9-2023 03:27 PM
Edited by Skuau at 29-9-2023 04:57 PM

undang2,peraturan ini HANYA TERPAKAI UNTUK WARGANEGARA MSIA SAHAJA tau....ada dengar saiya ckp pasai berapa warga asing patut beli...???Xde kan..xde kan...xde kan
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 03:29 PM
Skuau replied at 29-9-2023 03:27 PM
undang2,peraturan ni TERPAKAI TUK WARGANEGARA MSIA SAHAJA.....tau....

Undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padam

[youtube]svedI-EVhww[/youtube]
Quote Skuau 29-9-2023 03:31 PM
kakikuDibibirmu replied at 29-9-2023 03:29 PM
Undang-undang dalam ini negeri, kanda yang bikin, itu semua boleh padam ...

Inila namanya demokrasi terpimpin...
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 03:34 PM
CiliPadiSedap replied at 29-9-2023 03:24 PM
sistur dh beli beras ke? kt shopee ada jual penyedut oxygen boleh simpan beras dalam botol atau te ...

Akak memang tak beli beras sebab encik suami lagi suka makan nasik daripada makan beras, dia cakap beras tajam sangat nanti gusi berdarah

Lagipun GrabFood yang hantar makanan tu ada limit berat barang yang boleh dihantar, lebih kalu, nanti pancit tayar  motorsikal meletop tengah jalanraya
Quote kakikuDibibirmu 29-9-2023 03:35 PM
Skuau replied at 29-9-2023 03:31 PM
Inila namanya demokrasi terpimpin...

Abdul WahibDr. Zain memberi pengakuan penyakit ayahanda bertambah berat. Itu ada harapan mati. Jikalau ayahanda mati, segala harta-hartanya terpulang kepada siapa?
Abdul WahabKepada kekandalah kerana kekanda saudara tua
Abdul WahibSemua?
Abdul WahabHabis?
Abdul WahibEh, itu tidak adil! Itu namanya diktator! Kanda, adinda rasa lebih baik kita bahagikan harta-hartanya secara demokrasi.
Abdul WahabBagimana?
Abdul WahibBegini, kanda yang lebih tua.
Abdul Wahabhmmm... hmmm...
Abdul WahibKanda mesti mengalah, kanda akan mati dulu, adinda akan tanam kanda.
Abdul Wahabhmmmmmm...
Abdul WahibKanda jangan ambil satu sen pun harta ayahanda. Dermakan semuanya pada adinda bulat-bulat. Ha itu demokrasi.
Abdul WahabDemokrasi apa?
Abdul WahibDemokrasi terpimpin.
Abdul WahabTerpimpin kepala hotak kau!


[youtube]X5fJdP_i9JM[/youtube]
Quote chacon 29-9-2023 04:27 PM
terbaiklah madani
Quote chacon 29-9-2023 04:27 PM
terbaiklah madani

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.034292 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top