CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zamani Masih Tak Boleh Mencangkung, Solat Pun Masih Dalam Keadaan Duduk

29-9-2023 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6380| Komen: 1

Zamani Slam kini sudah pulih lebih 80 peratus selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat skoliosis pada November 2022.

Kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.


"Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik biarpun tak cecah 100 peratus, mungkin dalam 80 peratus. Tapi bagi saya dah boleh bekerja.

"Kalau dulu follow up dua minggu sekali, tapi sekarang selang enam bulan jaraknya. Kali terakhir check up doktor maklumkan keadaan saya semakin baik dan tak memerlukan pembedahan lagi," katanya kepada Gempak.


Foto: Kosmo

Dia bagaimanapun masih menunaikan solat seharian dalam keadaan duduk dan masih terbatas postur badan sekiranya mencangkung.

"Berdiri semua okey, cuma tak boleh mencangkung. Nak duduk tahiyat atau antara dua sujud masih belum boleh lagi.


"Kalau saya solat pun masih dalam keadaan duduk, sejak lebih setahun lalu. Mungkin saya yang tak berani mencuba atau takut-takut lagi," tambahnya.

Zamani antara bintang hot seat All Stars Gegar Vaganza yang bakal berentap bersama 15 lagi bintang lain untuk pertandingan realiti nyanyian popular itu tahun ini. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 29-9-2023 03:08 PM
semoga dpermuahkan hendaknya

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.031326 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top