London: Pelakon berdarah Ireland-Inggeris, Sir Michael Gambon menghembuskan nafas terakhir di hospital pada usia 82 tahun selepas menghidap penyakit radang paru-paru, demikian menurut kenyataan keluarga mendiang seperti laporan portal berita Mail Online hari ini.
Gambon memulakan kerjaya seninya selama 60 tahun bersama pelakon terkenal, Sir Laurence Olivier sebagai ahli asal Teater Negara Diraja. Dia amat disayangi penonton yang lebih mengenalinya melalui watak Albus Dumbledore dalam filem Harry Potter. Isteri mendiang dan anak lelakinya, Fergus Gambon berkata: “Kami sangat sedih untuk mengumumkan kehilangan Michael Gambon “Suami dan bapa tercinta, Michael meninggal dunia di hospital di samping isterinya, Anne dan anak lelakinya, Fergus berikutan serangan radang paru-paru. Michael berusia 82 tahun. “Kami meminta anda menghormati privasi kami pada masa ini dan terima kasih atas mesej sokongan dan kasih sayang anda,” demikian kenyataan tersebut. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online
|
Beribear replied at 29-9-2023 11:21 AM
Wuu sedihnyaa.. dua org dlm HP dah meninggal. Mesti Daniel Radcliffe aka Harry sedih sgt dgn berita ...
delia3003 replied at 29-9-2023 12:53 PM
4 dah untuk watak penting HP
Richard Harris bawak watak Albus Dumbledore dalam HP1 & HP2. Lepas RH ...
ADVERTISEMENT