|
Penyanyi terkenal Indonesia, Rossa, mendedahkan dia tidak dapat menahan air mata ketika melihat lakonan aktres, Anna Jobling menerusi video muzik terbaharunya yang berjudul Bertengkar Manis.
Dalam video muzik berkenaan, Anna bergandingan dengan pelakon Indonesia, Omar Daniel. "Menangis terharu sendiri melihat lakonannya Anna Jobling dan Omar Daniel di muzik video Bertengkar Manis," kata penyanyi itu. Rossa memuat naik video di media sosial memaparkan dirinya yang sedang mengalirkan air mata ketika melihat babak Anna dan Omar dalam video muzik tersebut. Dalam perkongsian sama, penyanyi yang popular dengan lagu Hey Ladies itu turut meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melancarkan video muzik tersebut.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
15-2-2026 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.237143 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.