CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Jatuh Miskin Ke?" Jasmin Hamid Dihina Sebab Pakai Kereta Wira Lama

29-9-2023 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9168| Komen: 88

Tak digunakan sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kereta kesayangan Jasmin Hamid akhirnya kembali berfungsi.

Jasmin kata dirinya pernah dipandang hina dan digelar artis miskin gara-gara masih menggunakan kenderaan kereta jenis Proton Wira lama itu.


Foto: IG

"Alhamdulillah my felari (kereta saya) sudah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob.

"Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget dekat saya.

"Takkan artis pakai wira lama? Dah jatuh miskin ke?" katanya dalam satu hantaran di Instagram pada Khamis.


Jasmin kelihatan sangat gembira menaiki Bobob sambil ditemani suaminya iaitu Nazmir Abdul Rahim.

Meskipun cacian tersebut sering kali dilontarkan, aktres ini memilih untuk tidak mengendahkan hal itu.


"Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay sahaja pakai Wira lama, yang awak alahan kenapa?
"Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke?

"Kalau tak, tutup mulut dan telinga rapat-rapat," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noorazurams 29-9-2023 09:11 AM
Ok la tuuu. Asal boleh gerak dah ler
Quote sayurmayur88 29-9-2023 09:45 AM
ok lh tu, asal takde hutang. netizen jadah ni pon
Quote matjerk 29-9-2023 09:51 AM
Jahatnya netizen yg cakap mcm ni..
Quote Supersirap 29-9-2023 09:52 AM
Janji boleh sampai ke tempat yang dituju
Quote newyork 29-9-2023 09:55 AM
Hadoii..janji tadak hutang.
Quote chandrahusin 29-9-2023 09:58 AM
Jahatnya netizen
Pakai Wira kata miskin
Aritu kata Liza Hanim tak lawa
Busuk hati
Quote Denco 29-9-2023 10:02 AM
netizen mulut cam jubur ayam, jgn ckp besar, sok2 ko yg merempat baru tau
Quote Zazama 29-9-2023 10:03 AM
Alahai...pakai kete wira pun nak dikutuk-kan ke?
Quote I.K.A888990 29-9-2023 10:05 AM
biarlah dia nak pakai kereta apa pun
kau sibuk knp netizen
Quote kucingitam 29-9-2023 10:41 AM
wira la paling legend dalam proton... paling bagus..
Quote kakakpositifker 29-9-2023 10:45 AM
Semoga dimurahkan rezeki semua umat islam
Quote prettyuglybabe 29-9-2023 12:06 PM
yang mengata tu entah dok mengira duit dalam bank nak bayar hutang keliling pinggang..
Quote cupu 29-9-2023 12:18 PM
Netizen yg ckp mcm tu mmg mulut celaka. Tp klu kita tgk side betul mmg heran. jH ni bukan pelakon cikai juga..Banyak berlakon drama,byk sitkom. Dia bkn watak lalu lalang. Paling tidak pakai myvi ke..Vios second ke.. Finas atau apabenda persatuan ni kn buat bengkel kewangan utk artis ni. Pengurusan wang mmg patut dipelajari.
Quote ghalibboy 29-9-2023 12:44 PM
Kekadang simpan sesebuah kereta just for the sentimental value. Ada juga yg simpan kereta2 lama, satu utk ke kebun, satu utk spare car incase ada kereta yg rosak, yg baru selalu utk jalan2 jauh .
Quote noor2 29-9-2023 12:59 PM
Biasala org simpan kereta lama....
Quote Buritan 29-9-2023 01:06 PM
Denco replied at 29-9-2023 10:02 AM
netizen mulut cam jubur ayam, jgn ckp besar, sok2 ko yg merempat baru tau

Mcm jiran akuu duk bising dgn kete cabuk aku.. bknnya aku takde kete elokk.. kalo jual pun kodai amik rm500 jee punn.. jd aku tarak mo juai.. aku bwk dekat dejat je takat bawak kucing ke klinik pi pasar beli ayam.. kucing aku terberak dlm tuu pun aku tak marah..
Quote wannoorazlina 29-9-2023 01:22 PM
aku ada kancil 850cc sebijik..manual lagi..
aku simpan kat kampung..kalau balik kampung, aku naik kancil tu pusing 1 Penang..
makcik2 bawang bergosip "kata keja baguih, company repair kapai terbang tapi ada kancil buruk je.." aku & mak aku senyum je la..
bukan aku xde kereta baru, ada kat selangor..
cuma bila balik kampung, aku suka naik ETS.. pastu dah sampai kampung aku pusing2 jalan2 Penang dgn mak aku naik kancil.. isi minyak RM30, seharian boleh ke sana sini..
parking pun mudah, selit2 je
kancil tu aku sayang sangat sebab tu la harta pertama aku beli masa memula keja kat Selangor ni.. ke hulur ke hilir dlm Selangor naik kancil tu..
aku bangga ada kereta kancil yg power!
Quote bulalof 29-9-2023 02:10 PM
wira main list pencuri kereta. value tinggi utk main2 convert.
Quote KirazMevsimi 29-9-2023 02:34 PM
wannoorazlina: aku ada kancil 850cc sebijik.. ...
wahhh bagus nya

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.172066 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top