CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Babak Akhir Pagari Bulan Tak Lepas LPF

28-9-2023 06:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 17028| Komen: 1

Pengarah filem Pagari Bulan, Raja Mukhriz Raja Ahmad mendedahkan mengenai babak terakhir yang tidak melepasi tapisan daripada Lembaga Penapisan Filem (LPF) ke atas filem itu kerana mempunyai risiko umpama mempromosikan komunis.


Mukhriz ketika ditemui berkata, dia bagaimanapun reda dengan pemotongan yang dilakukan LPF itu untuk mengelakkan timbulnya sebarang salah faham.


"LPF pula memotong satu babak terakhir dan penting untuk saya kongsikan di sini mengenainya.

"Babak itu memaparkan watak Bulan yang menyertai tentera anti-Jepun selepas selesai berjuang. Tapi, babak itu dipotong dan saya reda.

"Menurut LPF, mereka takut sekiranya babak itu dilihat sebagai babak yang mempromosikan komunis. Tapi, sebenarnya, saya tak mempromosikan komunis pun. Tapi, tak mengapa sebab saya pun tak mahu menjentik apa-apa atau menimbulkan salah faham," katanya.

Tambahnya, dia kemudiannya perlu mencari idea lain untuk melengkapkan jalan cerita filem yang mengangkat kisah perjuangan wanita di zaman penjajahan Jepun itu.


"Jadi, saya perlu fikirkan idea lain untuk melengkapkan penghujung cerita ini kerana semuanya sudah lari dari idea asal.

"Kalau anda lihat babak yang dipaparkan foto Bulan dan anaknya, ada suara latar di belakang. Suara latar itu dimasukkan selepas babak penting itu dipotong," katanya.


Pagari Bulan mengisahkan mengenai Bulan yang dilakonkan oleh Nazeera Sardi, yang diculik oleh tentera Jepun dan dipaksa menjadi 'comfort women' untuk memuaskan nafsu tentera Jepun.

Filem terbitan Eleven Field Creative Sdn Bhd turut dibintangi Aniq Durar, Trisha Ooi, Andy Teh, Alvin Wong, Michael Ang dan ramai lagi.

Ia akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura bermula 5 Oktober ini.


Sumber: Harian Metro






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 28-9-2023 07:34 PM
RIP local film...
lets go global by streaming....
adapun semua hanyalah fiksyen semata....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.040672 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top