Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz berkongsi semula ucapan istimewa daripada lelaki yang dipercayai kekasihnya, Yasser Khan di IG Story miliknya. "Selamat hari lahir kepada cinta hati saya. Beautiful heart and soul you are. Semoga Allah merahmati awak dengan kesihatan yang baik sayang. Love you baby," tulis Yasser.
Membalas semula ucapan tersebut, ahli kumpulan DeFam ini meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaku yang baik dan membuatnya mengenali erti cinta. "Sayang, kenapa awak buat saya menangis? Menantikan ucapan awak daripada semua orang. Terima kasih kerana menunjukkan kepasa saya bagaimana rasanya dicintai oleh seseorang yang begitu baik dan sentiasa memikirkan orang lain seperti awak. "Saya mungkin tidak selalu berkata, tapi saya nak awak tahu yang saya sentiasa bersyukur dengan kehadiran awak. I love you, sayang," luah Azira pula.
Pada perkongsian lain, Azira seolah-olah memberikan bayangan dia dan kekasihnya itu akan membawa hubungan mereka itu ke fasa lebih serius tidak lama lama. "Tak lama lagi giliran kita, Insya-Allah," tulisnya secara ringkas. Sumber: Gempak
|
babelina replied at 28-9-2023 04:16 PM
ngn mamat nie juga ker.. mamat nie mcm sesuatu.. jap on jap off..
scary la klau kawin nanti.. kot ad ...
Missjass replied at 28-9-2023 04:47 PM
tu la dari awal2 di jadi artis sampai sekarang duk on off je ngn mamat ni haritu pun ad cerita nk ...
mamajawie replied at 29-9-2023 11:19 AM
muka herlok apsal la x kwen dgn mamat lagi ensem??
ADVERTISEMENT