CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Francissca Peter Dapat 'Borneo Doll' Dirinya Hasil Sentuhan Peminat Setia

27-9-2023 09:43 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16213| Komen: 4

Penyanyi popular era 1980-an, Datuk Francissca Peter menyifatkan boneka istimewa dikenali Borneo Doll hasil buatan tangan peminat setianya, Wesley Juntan, 36, yang diterima hari ini adalah hadiah paling bermakna baginya selama bergelar penghibur.


Francissca, 62, ditemui berkata, ini kerana ia hasil ilham seorang anak muda berbakat yang sudi mengabadikan kejayaan pernah diraihnya pada edisi pertama Juara Lagu 1986 dengan persalinan baju kurung moden menyamai busana dipakai ketika acara itu, lebih tiga dekad lalu.

Sumber Harian Metro

"Saya berasa amat teruja serta terharu menerima hadiah Borneo Doll ini daripada seorang peminat yang boleh saya anggap sebagai anak kerana masih muda, namun membesar dengan lagu-lagu saya yang ada antaranya dirakam sebelum dia lahir lagi.

"Boneka ini juga bagi saya satu koleksi hadiah yang mempunyai nilai sentimental tinggi buat seorang penyanyi daripada peminat setianya. Lebih-lebih lagi, apabila Wesley menjadikan saya 'ikon perpaduan' dimatanya.


"Dia begitu kagum dengan pencapaian saya dalam perjalanan karier seni yang baginya contoh terbaik untuk seorang bukan Melayu berjaya dikenali ramai dan kekal bertahan dalam industri hingga kini untuk terus hiburkan peminat," katanya.


Penyanyi lagu Sekadar Di Pinggiran itu berkata, pertemuannya bersama Wesley juga adalah pertama kali dan cukup bermakna apabila acara penyerahan berkenaan dibuat sendiri oleh anak muda terbabit yang juga seorang pramugara.

"Saya rasa tidak pernah lagi mendapat hadiah istimewa seperti ini daripada seorang peminat yang sanggup membuatkan sebuah boneka hasil buatan tangannya dan saya amat berterima kasih dengan Wesley diatas pemberian ini.

"Saya amat menghargainya kerana secara tidak langsung, boneka ini membawa saya mengimbau semula kenangan indah lalu di Juara Lagu pada 1986 itu yang sudah menjadi satu nostalgia abadi," katanya.

Francissa berkata, kesungguhan ditunjukkan Wesley untuknya dengan membuat 'Borneo Doll' itu tidak mampu dibalas, namun dia berharap agar jejaka terbabit terus berjaya dalam semua perkara dilakukannya.


Bagi Wesley pula, dia amat meminati Francissa bukan saja kerana bakatnya, namun kagum beliau mampu menyanyikan lagu Melayu dengan baik dan menyentuh jiwa ketika mendengarnya.

"Saya menghasilkan 'Borneo Doll' istimewa buat Francissa ini selama sebulan saja kerana saya memang ada kemahiran dalam membuat busana tradisi dan baju kurung moden.

"Apatah lagi, hasil kerja saya untuk 'Borneo Doll' ini memang menitikberatkan budaya dan warisan tradisi negara yang saya ingin ia terus diingati serta dipelihara selamanya oleh generasi muda masa kini," katanya.

Ditanya kepayahan dilaluinya, Wesley berkata, sudah tentu untuk mendapatkan kain baju kurung yang mempunyai rekaan corak asal pada busana pernah dipakai oleh Francissa itu yang dijumpainya di kedai menjual tudung dan bukan di butik berjenama.


Sumber: Harian Metro

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 27-9-2023 10:19 PM
Lawa patung tu rambut kembang banding dgn kek bday ruhanis mcm kepala penanggal.

Quote I.K.A888990 27-9-2023 10:55 PM
so sweet
boleh buat kenangan
Quote SalenaGomez 28-9-2023 05:34 AM
Huhuhuh SG memula ingatkan rupa patung tu akan iras2 FP
Quote syazwan92 28-9-2023 12:53 PM
Kalau mcm ni Mattel cannot sue ke under copyright ke apa? just asking and wondering..sebab heols guna Barbie doll kan..and just repaint, buat baju baru apa semua.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.046927 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top