CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lana Nodin Puas Hati Berhabis RM166,000 Buat Pembedahan Kosmetik "Tak Salah Pun Nak Cantik"

27-9-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8697| Komen: 80

Lana Nodin menjelaskan pembedahan kosmetik yang dilakukannya bukan atas faktor suka-suka sebaliknya disebabkan masalah kesihatan.

“Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan. Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah.



Foto: Utusan

“Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini. Apa yang boleh saya kongsikan, dulu, teknologi tidak sama macam sekarang. Tempoh hari, saya ke Seoul, Korea Selatan untuk buat pembedahan hidung tetapi dengan menggunakan tulang rusuk pula.

“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,”katanya kepada Utusan Online.

Jelas Lana, dia tidak menghentam mana-mana artis lain yang melakukan pembedahan kosmetik kerana baginya, setiap orang ada alasan sendiri mengapa tindakan itu dilakukan.


“Bagi saya, orang bukan tak tahu adanya perubahan wajah atau bentuk badan kita, nama pun selebriti dan sentiasa jadi perhatian orang. Bagaimanapun, secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik.

“Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan. 

“Ada artis yang rasa ‘insecure’ kalau kelihatan tak cantik, ada yang buat untuk suami, jadi perkara ini adalah subjektif untuk kepuasan diri. Tetapi macam saya, memang buat kerana faktor kesihatan,”katanya.

Ditanya sama ada dirinya tidak kisah dengan tohmahan orang dan netizen setiap kali berkongsi mengenai perkara ini di media sosial, Lana tegas memberi jawapan sendiri.

“Orang akan tetap mengata dan mengutuk. Saya okey sahaja, tak kisahlah kalau ada kontroversi atau tidak." -CARI

Sumber: Utusan 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 27-9-2023 05:12 PM
Minah ni produk dia kat rosyam mart pun tak brp nak laku. Sian aku tgk
Quote I.K.A888990 27-9-2023 05:22 PM
boleh amik gambar sekali dgn makcik daiyan dgn dynas....boleh jadi kembar tiga serupa....
Quote Manusiabesa 27-9-2023 05:23 PM
Ala ejas la cemana pun bkn lawa pun. Tetap la hakikat nya jawa
Quote Manusiabesa 27-9-2023 05:24 PM
krustykrab replied at 27-9-2023 05:12 PM
Minah ni produk dia kat rosyam mart pun tak brp nak laku. Sian aku tgk

Dia buka bakery supply kt mana tah yg nama lana land ke apa.. sian tgok sebesar kilang. Ade cust ke x? Kita byk choice kot skrg merata ada BWY.. bakat baking ke dia. Aku penah tgok dulu dia meroti. Roti pun nmpk keras. Langgar hukum meroti sejak step petama.
Quote IvyGorgon 27-9-2023 05:34 PM
soalnya tak cantik noks, yakinnya kau
Quote Glass_shoes 27-9-2023 05:41 PM
Tu gambar latest ke..Kenapa mcm dah nak jd hidung dulu blk
Quote red_velvet 27-9-2023 06:05 PM
Tetap tak lawa
Quote mamastoney 27-9-2023 06:11 PM
Sebelum dia start opret idung, org panggil dia Lana Kopek, pastu lepas dia buat hidung time covid aritu, porumer panggil dia Lana Jackson. Dgn hidung baru ni apa plak porumer nak bg gelaran kat dia?
Quote krustykrab 27-9-2023 06:16 PM
Manusiabesa replied at 27-9-2023 05:24 PM
Dia buka bakery supply kt mana tah yg nama lana land ke apa.. sian tgok sebesar kilang. Ade cust k ...

Yg kat rosyam ni bukan brg bakeri..mcm sambal & tah apa lagi la....lupa lak aku.
Tgk kalau aku gi rosyma nnt aku snap gambo.
Tak selera tgk
Quote codenamedream 27-9-2023 06:23 PM
mamastoney replied at 27-9-2023 06:11 PM
Sebelum dia start opret idung, org panggil dia Lana Kopek, pastu lepas dia buat hidung time covid ar ...

Lana KocksOn
Quote noor2 27-9-2023 06:23 PM
Tang mana lawanya buat surgery..lagi huduh dari asal...sygnya muka asal tuhan dah buat comey
Quote edayildiz 27-9-2023 06:23 PM
yg salahnya ko ttp xcantik
Quote noor2 27-9-2023 06:24 PM
Bukan untuk suka2 konon...yg tetek tu ko besarkan sebab apa pulak
Quote doubleharmonic 27-9-2023 06:43 PM
memang la tak salah nak cantik, tapi cantik ke kau?
Quote ladyxez 27-9-2023 06:49 PM
Gunalah duit tu utk tujuan lain
Quote pocongkiutss 27-9-2023 07:00 PM
Bazirnyaaa..sebab tak cantek pun

Gi tanya pajurah mana dia operate..dia reno hidung tu paling perfecto
Quote jihyomelly 27-9-2023 07:58 PM
beratus ribu abih tetap jugak memanjang filter…
Quote mawarika 27-9-2023 08:04 PM
Tetap tak cantik noq.. buat la mcmana pun ttp kau nampak mona pendi junior.
Quote she 27-9-2023 09:14 PM
Macik tertengok shorts YT
Pasal dia operate hidung

Helokkkk hidung baru dia
Jauh beza dengan hidung lama yang senget tu

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.074040 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top