Mamat Exists, 45, mengingatkan Nabil Ahmad agar lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata. Ia susulan, muncul spekulasi membabitkan Nabil yang bergurau secara melampau susulan kenyataannya mengenai ketiadaan Mamat sewaktu mengacarakan program All Stars Gegar Vaganaza baru-baru ini.
Mamat berkata, dia sudah membaca penjelasan Nabil berhubung perkara itu dan memahami gurauan berkenaan mungkin bermaksud baik, namun tidak semua orang boleh menerimanya. "Ia bergantung pada pemahaman masing-masing. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi, saya malas nak besar-besarkan perkara ini. Cuma, kalau boleh dia (Nabil) kena lebih berhati-hati ketika mengeluarkan kata-kata. "Saya ingatkan kenapa dia kena berhati-hati sebab program ini (ASGV) pun bukan biasa-biasa. Ia antara program yang 'grand' terbitan Astro. Jadi, percakapan 'lepas' untuk bergurau yang dibuat itu boleh jadi 'viral'.
"Apatah lagi, saya pula sebelum ini sudah berhadapan dengan beberapa cerita 'viral' mengenai penampilan diri yang diperkatakan, jadi apabila timbul gurauan Nabil ini, lagilah menarik perhatian ramai terutama netizen," katanya kepada Harian Metro. Mamat berkata, dengan penjelasan daripada Nabil yang memaklumkan apa yang dikatakan mengenai dia berada di 'tempat tinggi' bermaksud dirinya adalah seorang 'legend', mungkin memang untuk bergurau.
|
kaedahnya: takut kita jatuh sombong dalam menghukum orang lain
helicornia replied at 27-9-2023 08:28 PM
Iye.kita tak Tau masa depan.klu bukan kita, ntah2 anak kita buat benda buruk
ADVERTISEMENT