PETALING JAYA – Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan cadangan memansuhkan pencen Ahli Parlimen serta penjawat awam sepertimana dicadangkan sebahagian pakar ekonomi sebelum ini. Kata Bekas Ahli Parlimen Rembau itu, langkah tersebut adalah mekanisme terbaik bagi mengimbangi fiskal negara dengan menukarkannya kepada skim persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Khairy Jamaluddin juga bersedia sekiranya pencen beliau ditukar mengikut pembaharuan tersebut. “Saya rasa pencen ini, zamannya sudah berlalu. Masa saya dalam Jemaah Menteri, saya kata ada tiga perkara yang boleh kita buat untuk menjaga fiskal negara. “Pertama, kenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kedua, rasionalisasi subsidi, yang kedua ini, kerajaan kata nak buat walaupun kita tidak tahu apa mekanismenya. GST masih lagi tunggu dan lihat.
“Ketiga, adalah untuk hentikan pencen melibatkan penjawat awam yang baru, selepas tarikh ditetapkan, sebagai contoh 1 Januari 2024, semuanya dimasukkan ke dalam KWSP,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap malam tadi. Sementara itu, Khairy Jamaluddin menegaskan pemansuhan itu harus dilakukan segera dan jika tidak, situasi tersebut akan terus memberi kesan kepada kewangan negara. Tambahnya, pihak kerajaan mungkin menanggung sehingga RM50 bilion untuk pencen penjawat awam dalam tempoh masa 10 tahun akan datang sekiranya perkara ini gagal dihapuskan. – CARI Sumber: Kosmo
|
adeqbun replied at 27-9-2023 11:23 AM
Jgn kacau lah benefit sedia ada utk staff gomen..ramai2 masuk gomen tu sbnenye nak pencen je pon ..y ...
uda replied at 27-9-2023 11:30 AM
Kalau nak kacau staf gomen1 kacau yang gred Jusa ke atas. Mereka dapat pencen gaji penuh (without ...
copy_paste replied at 27-9-2023 11:35 AM
ye betul,lgpun lepas pencen diorg dpt kontrak keje lain pulak gaji pun mahal
uda replied at 27-9-2023 11:30 AM
Kalau nak kacau staf gomen1 kacau yang gred Jusa ke atas. Mereka dapat pencen gaji penuh (without ...
uda replied at 27-9-2023 11:30 AM
Kalau nak kacau staf gomen1 kacau yang gred Jusa ke atas. Mereka dapat pencen gaji penuh (without ...
uda replied at 27-9-2023 11:30 AM
Kalau nak kacau staf gomen1 kacau yang gred Jusa ke atas. Mereka dapat pencen gaji penuh (without ...
Sekaisilver replied at 27-9-2023 02:58 PM
Hapuskan juga semua jawatan lantikan politik. Lantikan politik ni mcm salah guna kuasa yg dinormalis ...
kelapaparut replied at 27-9-2023 03:03 PM
tgk pakaian dia nmpk mcm heart broken dgn result pru lps, kesian pulak dia. nmpk xterurus dan putus ...
uda replied at 27-9-2023 11:30 AM
Kalau nak kacau staf gomen1 kacau yang gred Jusa ke atas. Mereka dapat pencen gaji penuh (without ...
ADVERTISEMENT