Seorang doktor mendedahkan kisah seorang pesakit wanita yang didakwa mengamalkan pemakaian susuk sehingga ke hujung usianya. Dr Razif berdepan peristiwa berkenaan ketika ditempatkan di sebuah hospital di Kedah sebagai doktor pelatih dan kejadian itu masih segar dalam ingatannya sehingga ke hari ini.
"Seorang pesakit wanita berusia lingkungan 60-an dimasukkan ke wad. Sebab angin ahmar atau strok. Sebelah badan lumpuh. Saya panggil dia sebagai makcik A. Sebab strok tu, makcik A tak boleh bercakap tapi dia sedar, boleh respons kalau dipanggil. "Bila ada pesakit baharu masuk, saya buat rutin admission makcik A macam biasa. Sejarah penyakit, ubatan dan soalan-soalan berkaitan hal kesihatan makcik A saya kena tanyakan pada anak yang menjaga makcik A waktu tu. "Makcik A tak boleh menelan. Tapi tiub hidung ke perut telah dipasang. Petang tu saya check result darah, CT-scan, x-ray dan ubat-ubat makcik A. Bila tengok je imbasan dada makcik, terkejut saya bila jelas kelihatan jarum susuk dalam CT-scan dan x-ray dada makcik tu," ujarnya menerusi perkongsian di media sosial.
Jarum misteri itu terletak pada empat kawasan iaitu mata, muka, leher serta dada pesakit wanita berkenaan. Dr Razif berkata dia hanya mampu bertindak mengunci mulut tentang perkara itu sehingga kes berkenaan 'menghantui' hidupnya sehingga ke hari ini. "Saya yakin anak dia tak tahu tentang perkara ini. Tapi saya gagal beritahu pada anaknya. Kenapa saya menyesal sampai sekarang? Sebab saya tak maklumkan pada anak makcik A dan saya gagal cegah benda mungkar yang berlaku depan mata. "Saya gagal selamatkan akidah makcik A walaupun saya mampu ketika itu. Jarum susuk kita panggil charm needle adalah sejenis sihir. Saya berharap makcik A sempat bertaubat dan buang susuk tu." Dalam hantaran itu, Dr Razif sempat memuji anak pesakit itu yang disifatkannya memiliki perwatakan terhormat dan pandai menjaga ibunya yang sedang dirawat di hospital. Perkongsian Dr Razif mengenai kisah susuk pesakit itu meraih hampir sejuta tontonan di aplikasi TikTok dan ia turut dihujani komen netizen. "22 tahun berkhidmat, susuk boleh nampak dalam X-Ray. Ramai orang pakai, paling ramai pakai perempuan. "Sepupu saya kerja hospital, bahagian X-Ray. Memang dia kata selalu sangat jumpa orang pakai susuk. "Ya, saya juru X-Ray selalu juga jumpa dalam gambar X-Ray benda-benda macam ni. Bukan dekat muka saja, dekat kaki dan perut pun ada," tulis beberapa netizen. Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, amalan berkaitan saka, susuk dan sihir termasuk dalam dosa besar yang boleh membawa kepada syirik (menyekutukan Allah dengan sesuatu). Memakai susuk bagi tujuan kecantikan adalah haram kerana terdapat unsur pemalsuan dan juga unsur penipuan terhadap orang yang melihatnya. -CARI Sumber: mStar
|
VespaSilbe replied at 26-9-2023 02:26 PM
Org yg boleh keluarkan susuk kena sama dengan org yg masukkan .. selalu bomoh yg tanam udah kerepot
jazaa100 replied at 26-9-2023 03:29 PM
Mcmana klu yg dihantar?....
Aku pernah dirawat & kuar besi berkarat dari dada & kepala....
Klu xray ...
jazaa100 replied at 26-9-2023 03:29 PM
Mcmana klu yg dihantar?....
Aku pernah dirawat & kuar besi berkarat dari dada & kepala....
Klu xray ...
antikorok replied at 26-9-2023 01:47 PM
Iolss curious, kalau yg cucok jarum susuk ni tak rasa sakit ker jarum tuh duk dalam badan? Beratus p ...
Buritan replied at 26-9-2023 04:00 PM
First time dengoo.. ko ade musuh kee.. mcm mcm hal dlm dumia ini.. ko takde rasa sakittke
fair_iza replied at 26-9-2023 04:48 PM
Itu bukn susuk. Itu org nk santau ko. Benda mcm ni x ada tersimpan badan sbnrnya. Mcm mana aku tah ...
antikorok replied at 26-9-2023 01:47 PM
Iolss curious, kalau yg cucok jarum susuk ni tak rasa sakit ker jarum tuh duk dalam badan? Beratus p ...
ADVERTISEMENT