Anak Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona berang dengan netizen semasa membuat live di media sosial. Difahamkan Leona marah sebab ada yang mempersoalkan bentuk fizikalnya yang kelihatan sudah berisi dan soalan tidak sepatutnya.
“Nanti bila kau mati, kau suruh keluarga you kebumikan awak dengan casing casing ini dan nanti dekat padang mahsyar bagitahu I kalau boleh masuk syurga dengan casing I okay. “Aku cari kau… bagitahu I kalau kau boleh masuk dengan beli. Seriously guna otak sikit, duduk tutup mata fikir, ini soalan valid atau bodoh. Ini soalan bab syurga neraka ini, aku tak tahu, kau pun tak tahu, jadi jangan tanya. “Kita ada malaikat, dia akan catat dan kita tengok la. Kau ini tengok tu, buat aku panas baran pula dah. Jangan buat I marah lagi. Aku baling ini dekat kepala kau, pecah tau macam kelapa
“Saya rasa kelapa lagi bagus daripada kepala awak. Sebab kepala awak tak ada benda dalam macam kelapa. Kenapa ada air je, ya awak punya kepala macam kelapa,” kata Leona. Menerusi ruang komen di video yang dimuat naik semula di TikTok, rata-rata netizen lebih terhibur melihat gelagat Leona marah yang dianggap comel. Malah, netizen juga mula menyukai Leona disebabkan cara pempengaruh itu meluahkan rasa marah dengan menggunakan bahasa Melayu. “Comelnya dia marah, dengan pelat-pelat Melayu dia. Dengan muka bulat comel dia, macam ini tak takut la, suka lagi ada la. “Dia marah sampai tercungap-cungap bukan sebab dia habis tenaga kerana marah tapi sebab dia penat nak fikir perkataan nak maki. Ini namanya maki dalam tenang, comel saja. “Dia ini sebenarnya sejenis tak reti marah tapi nak marah juga, dia jadi kelakar la pula,” komen beberapa netizen. -CARI Sumber:Gempak
|
opie5662 replied at 26-9-2023 12:27 PM
Tp aku tertengok video dia launching casing phone kat tasik tu. Ya ampunnn... Berlupat ye perut tp b ...
doubleA replied at 26-9-2023 01:04 PM
Masa launching case kt tasik tu memang bambam badan sheols tapi konfiden pakai baju dan skirt puti ...
ADVERTISEMENT