JAKARTA – Satu video tular menyaksikan seekor kucing yang dilihat tenang ketika mukanya disolek oleh seorang kanak-kanak perempuan. Liputan6 melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @ind_ri0.
Seorang budak perempuan dilihat leka menyolek wajah kucing berwarna jingga itu yang diletakkan di atas sebuah kerusi. Budak itu dilihat memilih warna solekan yang ingin digunakan dengan teliti. Lebih mencuit hati apabila kucing itu kelihatan pasrah disolek tanpa melawan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen. “Masih menjadi misteri. Kenapa haiwan peliharaan selalu pasrah jika bersama anak kecil?” komen seorang netizen. “Kucing pasrah asalkan perut kenyang dan tidak ditinggalkan. Itulah kehidupan,” komen netizen lain. – Agensi |
ADVERTISEMENT