Persembahan minggu pertama pertandingan All Stars Gegar Vaganza (GV) yang berlangsung pada malam Ahad tak mencapai KPI! Ketua juri, Datuk Ramli MS berkata, sebahagian persembahan peserta pertandingan itu berada pada tahap yang teruk.
"Kualiti persembahan sebahagiannya saya boleh katakan tiada KPI. Bukan teruk tetapi tidak mencapai KPI. "Mereka tidak mencapai standard diri sendiri yang saya tahu tahap mereka," katanya kepada mStar. Bagaimanapun pengarah muzik terkenal itu tidak menyatakan secara spesifik peserta yang menunjukkan prestasi lemah.
Dalam pada itu, menjawab soalan berhubung kualiti ditunjukkan enam peserta Hot Seat yang terpilih, Ramli berkata penyertaan mereka ada berdasarkan undian peminat. "Ini adalah undian netizen... Jadi apa yang dapat ditunjukkan di atas pentas adalah daripada undian netizen. "Kalai nak cakap fasal KPI, mereka kena bersaing (dengan bekas juara)," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai penambahan seorang peserta Hot Seat, Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menjelaskan ia sebenarnya sudah dirancang sejak awal lagi. "Sejak awal kita memang mahu buat kejutan pada malam ini. Jadi sebenarnya 16 peserta itu daripada awal lagi kita dah sedia maklum... Memang dirancang awal," katanya. All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein. Selain Ramli, persembahan peserta turut diadili Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|