CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Dituduh Guna 'Orang Dalam' Dapat Dana RM300,000

24-9-2023 04:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2838| Komen: 20

Penyanyi Aina Abdul meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir pihak yang mempertikaikan kelayakannya sebagai penerima Dana Kandungan Digital (DKD) bagi kategori Industri Muzik 2023 seperti yang diumumkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), baru-baru ini.


Lebih membuatkan penyanyi lagu Sumpah dan Semalam itu terkilan apabila dituduh menggunakan 'orang dalam' untuk mendapatkan dana bagi menampung kos penganjuran Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November depan.


"Apabila ada hamba Allah membuka aib saya dengan mempersoalkan kelayakan sebagai penerima dana di sebuah platform, sudah tentu saya rasa sedih dan kecewa.

"Harus saya tegaskan, tidak ada unsur 'orang dalam' atau jalan pintas. Saya tak kenal pun panel penilai. Kalau betul seperti dakwaan, sila tunjukkan bukti.

Lebih membuatkan penyanyi lagu Sumpah dan Semalam itu terkilan apabila dituduh menggunakan 'orang dalam' untuk mendapatkan dana bagi menampung kos penganjuran Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November depan.


"Apabila ada hamba Allah membuka aib saya dengan mempersoalkan kelayakan sebagai penerima dana di sebuah platform, sudah tentu saya rasa sedih dan kecewa.


"Harus saya tegaskan, tidak ada unsur 'orang dalam' atau jalan pintas. Saya tak kenal pun panel penilai. Kalau betul seperti dakwaan, sila tunjukkan bukti.

"Sama seperti orang lain, kami mohon dana mengikut prosedur yang betul. Ketika pembentangan kertas kerja dibuat, saya tiada pun di situ.

"Semuanya dilakukan oleh orang yang bukan dalam kalangan syarikat, Aina Abdul Entertainment bagi mengelakkan wujudnya berkepentingan peribadi.

"Justeru, apabila ada individu membuat tuduhan dalam media sosial kononnya saya menggunakan pengaruh 'orang dalam', saya anggap ia perkara serius kerana jelas mereka memperkecilkan kemampuan saya dan kakitangan," katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani, 30, turut menepis tanggapan menggunakan populariti sebagai tiket untuk permohonannya itu diluluskan.

"Orang kata ada nama senang dapati. Buka mulut sahaja semua orang nak taja. Itu tidak benar dan tidak semudah itu.

"Saya sudah menganjurkan dua siri konsert sebelum ini. Siri pertama saya ada mohon DKD, tetapi gagal. Konsert kedua pula permohonan berjaya, tetapi tak dapat banyak.

"Bila mohon kali ketiga ini barulah kami dapat. Itupun selepas mereka melihat rekod dan puas hati dengan kertas kerja yang dibentangkan.

"Saya juga percaya panel juri yang membuat penilaian mempunyai pandangan mereka sendiri dan kriteria ditetapkan," tegas Aina.

Mengulas dakwaan harga tiket terlalu mahal, sedangkan konsert mendapat bantuan kerajaan seperti yang dibangkitkan netizen, pemenang Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 menerusi lagu Terus Hidup itu menjelaskan dana RM300,000 diterima masih belum mencukupi untuk menampung kos keseluruhan konsert.

"Kos produksi sahaja menelan belanja RM1.3 juta. Itu tak termasuk kos lain seperti sewa stadium untuk dua hari.

"Bagaimanapun, saya bersyukur sebanyak 82 peratus tiket sudah terjual sejak dilancarkan.

"Ada baki 18 peratus lagi, itupun pada bahagian atas stadium," kata penyanyi bervokal mantap ini ketika ditemui pada majlis memperkenalkan beg mini dan tudung jenama, Rizman Ruzaini di sebuah pusat membeli-belah, semalam.


Pada majlis itu, Aina menyampaikan tiga lagu termasuk single baru dilancarkan berjudul Jangan Mati Rasa Itu.

Kontroversi tercetus selepas ada pihak membuat ciapan merasakan Aina tidak sepatutnya mendapat dana kerajaan memandangkan namanya sudah besar.

Pemilihannya itu secara tidak langsung dianggap merampas hak pemohon lain yang lebih memerlukan.

Menerusi konsert anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) itu, Aina bakal mempersembahkan rangkaian 33 lagu hit termasuk medley bertemakan gabungan genre moden dan klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra serta band di bawah pimpinan pengarah muzik, Mac Chew.

Konsert itu turut menyokong inisiatif menggerakkan misi mengumpul dana dengan menyalurkan sebahagian hasil jualan tiket kepada Tabung Kasih PRIHATIN khusus untuk kegunaan dan manfaat pendidikan pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori B40 dan asnaf di peringkat institut pengajian tinggi.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 24-9-2023 04:13 PM
Tapi dia kira dah artis level atas kan?
Mcm agak lama gak dlm industri.
Masih tak mampu berdiri di atas kaki sendiri ke nak buat konsert.. Tajaan OK lagi tp dana?
Quote slyfynx 24-9-2023 04:25 PM
So, nape tiket mahal?
Nape kene gune duit rakyat buat konsert?
Ape rakyat dpt dgn penganjuran konsert ni?
Quote MatDeghem 24-9-2023 05:53 PM
Cost concert gunakan duit rakyaat....
rakyaat nak tengok kena bayar.

Double trouble....rakyaat kena.
Quote sarah_ary2 24-9-2023 06:41 PM
Apsal x cantik baju post first tue? Sangat yesteryears baju ada logo banyaj mcm tue, yg post second tue cantik ,
Quote dua_chzy 24-9-2023 06:44 PM
Ok aiols duka baju pink flora si Aina tu. Aiols akan pakai baju tu dek.
Quote jfq 24-9-2023 06:44 PM
Baju itam tu mcm logo roket dap
Quote sleepandream 24-9-2023 08:04 PM
ironinya konsert sambil beramal...
btw gambar last baju merah tu glowing betol sheols
Quote rayna_raynes 25-9-2023 01:15 AM
Piramida replied at 24-9-2023 04:13 PM
Tapi dia kira dah artis level atas kan?
Mcm agak lama gak dlm industri.
Masih tak mampu berdiri di ...

Dia artis yg baru naik right before covid. Dalam zaman covid tu tak ada sebarang event besar yang membolehkan dia kumpul banyak

Lepas covid (read: 2022) baru dia start meletup. rasanya nak kata banyak duit pun belum lagi. wardrobe dia aje berapa setahun. lainlah macam Hael Husaini sponsor keliling pinggang, pakai branded top to toe kat events bukan kena keluar duit


Quote rayna_raynes 25-9-2023 01:16 AM
slyfynx replied at 24-9-2023 04:25 PM
So, nape tiket mahal?
Nape kene gune duit rakyat buat konsert?
Ape rakyat dpt dgn penganjuran konser ...

Dapat hiburan berkualiti?

Kenapa orang persoalkan Aina je? Kenapa tak persoalkan Lah Ahmad? Penganjur konsert Patah Hati 2.0? (sekadar menyebut beberapa nama)


Quote Nenolen 25-9-2023 01:20 AM
cantikkk baju aina pink flora n fauna…suka kaka ada daun keladi…cute…
Quote izat123 25-9-2023 01:22 AM
rayna_raynes replied at 25-9-2023 01:16 AM
Dapat hiburan berkualiti?

Kenapa orang persoalkan Aina je? Kenapa tak persoalkan Lah Ahmad? Peng ...

Konsert Patah Hati tu fishy gak. Tapi Lah Ahmad okay je. Venue lagi kecil dan Lah Ahmad pun dah ada 3 physical full album. Tu tak masuk album dengan VE lagi. Aina Abdul ada berapa? Satu album pun takde lepastu buat konsert letak tiket mahal. Ingat kau M Nasir?
Quote oggy 25-9-2023 03:18 AM
rayna_raynes replied at 25-9-2023 01:16 AM
Dapat hiburan berkualiti?

Kenapa orang persoalkan Aina je? Kenapa tak persoalkan Lah Ahmad? Peng ...

Sebab orang pertikaikan nanti sheolls perabih duit kat costumes pelik2 masa konsert. Walaupun nama beliau agak gah tapi diakui tak banyak pun lagu dia yang famous dan memorable sampai boleh tahap buat konsert. Tak berbaloi kecuali utk fan beliau.
Quote lovelytouch 25-9-2023 04:13 AM
izat123 replied at 25-9-2023 01:22 AM
Konsert Patah Hati tu fishy gak. Tapi Lah Ahmad okay je. Venue lagi kecil dan Lah Ahmad pun dah ad ...

Tapi dek non secara logik lagu aina & aina herself jauhhhh lebih ngetop drpd lah yang di dalam sendu yg teramat
Quote izat123 25-9-2023 07:01 AM
lovelytouch replied at 25-9-2023 04:13 AM
Tapi dek non secara logik lagu aina & aina herself jauhhhh lebih ngetop drpd lah yang di dalam sen ...

Sendu sendu pun last time Lah buat konsert tahun 2022 tak sampai 24 jam tiket sold out lol. Tak semua orang nak dengar artis terjerit terpekik terlolong macam pocong. Ada je market untuk penyanyi rilek rilek haha.
Quote CandyK 25-9-2023 07:07 AM
oggy replied at 25-9-2023 03:18 AM
Sebab orang pertikaikan nanti sheolls perabih duit kat costumes pelik2 masa konsert. Walaupun nama ...

I setuju. I suka suara aina tapi takde satu pun lagi dia yg dia nyanyi solo yang i rasa betul-betul best and memukau untuk i layan berkali-kali. Maybe sebab i suka r&b kot. Tapi lagi duet dia dengan Lah Ahmad tu I suka sangat cuma ramai je tak tahu. Very underrated. Lagu dengan khai bahar tu pun nice juga.
Quote kotakominami 25-9-2023 08:03 AM
Kenapa wujud dana mcm ni in the first place.....lainla kalau dia selit elemen budaya....
Quote tahanie 25-9-2023 08:32 AM
Dana buat filem pun ada uols. Why not
Quote laksmanabentan 25-9-2023 08:45 AM
bergembira la ponen2 semua
sbb saatnya explore dengan fashion
kerana sudah sedia model nak bawa design2 korng tu....
Quote MarryPottet 25-9-2023 10:00 AM
Wowwww
Duit tu lebih bermanfaat kalau guna utk taja pelajar2 miskin lanjutkan pelajaran
Cukup utk tampung biasiswa 10 orang pelajar

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.077835 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top