CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Siti Nordiana Balik Sendayan Mohon Restu Ibu Sebelum GV10 Mula, Sedih Arwah Bapa Tak Dapat Tengok Bertanding

23-9-2023 11:36 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3981| Komen: 46

Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa sedih apabila Allahyarham bapanya iaitu Alias Ahmad tidak dapat menyaksikan dia sekali lagi bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Bagi melepaskan perasaan itu Siti Nordiana atau Nana, 39, sempat meluangkan masa menziarahi pusara arwah bapanya di Sendayan, Negeri Sembilan.



Dalam masa sama, Nana turut bertemu ibunya bagi memohon restu sebelum memulakan pertandingan pada Ahad ini.

"Saya sedih arwah ayah tidak dapat tengok saya di GV10," katanya.

Nana berkongsi luahan tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Arwah bapa Nana meninggal dunia sewaktu tidur di kediamannya di Sendayan pada 21 Julai lalu.

Sementara Nana turut akui tertekan dan berjanji akan mencuba sebaik mungkin bagi tidak menghampakan peminat.


"Bila GV dah nak mula ini macam-macam perasaan ada. Saya perlukan ibu saya. Semua saya dah buat dan sekarang perlu restu ibu.

"Saya sudah buat latihan, dah makan ubat... selebihnya kita tawakal sahaja. Bila tertekan dan risau, saya balik Sendayan untuk gembirakan diri," ujarnya.

Menerusi perkongsian tersebut ibu Nana yang dikenali sebagai Wan Jemah turut berkongsi nasihat supaya penyanyi itu terus kuat berdepan dengan pelbagai tanggapan orang ramai.

"Apa nak takutkan? Nana selalu bertanding. Mak sentiasa doakan walau banyak dengar orang tak yakin kau (Nana) akan menang.

"Allah dah panggil dia (ayah) dulu. Teruskan perjuangan dan buat betul-betul," kongsi ibunya.

Selain Nana, sembilan lagi pemenang program GV dari musim pertama hingga kesembilan bakal memulakan persaingan untuk sekali lagi merebut gelaran juara.

Lima peserta lain yang turut bertanding akan diumumkan pada konsert minggu pertama All Star Gegar Vaganza.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hanihan16 23-9-2023 01:01 PM
iols suka juga la tengok dia ni sebab mcm tak high maintenance sangat idupnya. pernah tengok dia shopping kat harihari. lain2 i tak tau sebab tak polo ignya
Quote noor2 23-9-2023 02:03 PM
Ohhhh CT nana ada eh..akak bukan peminat CT nana tapi akak minat org2 yg berbakat...nanti nk sokong nana kalau suara dia ok lah masa nyanyi first nanti
Quote sleepandream 23-9-2023 03:31 PM
malam besok ke chuols GV10?
Quote yondu 23-9-2023 08:30 PM
laki i cukup suka tgk si nana ni..katanya raut mak2.gosip liar pun takde, orangnya elok je.
Quote silampumeja 23-9-2023 09:56 PM
Manisnya nana ni bila dia besederhana. Takde nampak dia tayang brg branded sangat rasanya. Kalau baca buku dia tu, memang ayahnya yg sokong dan bina keyakinannya menyanyi dari kecik.

Smoga rayyan jaga maknya sampai akhir hayat
Quote Bonger 24-9-2023 12:29 AM
Juara allstar adalah Siti nordiana
Quote noor2 24-9-2023 06:40 AM
Jac..masuk juga ke...okla aku nk sokong dua2 ni jac & nana...harap nana masa first nyanyi tu suara dia power...
Quote stingergrumpy 24-9-2023 06:44 AM
noor2 replied at 24-9-2023 06:40 AM
Jac..masuk juga ke...okla aku nk sokong dua2 ni jac & nana...harap nana masa first nyanyi tu suara d ...

[youtube]7_dUuXnxNgs?si=0TLwFOe7N6b_zNIZ[/youtube]

Tak terjentik keww hati dan tulang tulang sum sum ko to root for him?
Quote noor2 24-9-2023 06:54 AM
stingergrumpy replied at 24-9-2023 06:44 AM
Tak terjentik keww hati dan tulang tulang sum sum ko to root for him?

Siapa ni....bukan sedap suara dia nih...oh dia ni org singapore...ko sbg warga Singapore sokong dia ya stinger...kenalah...aku ni menyokong bukan sebab satu negeri ke apa tapi aku tgk bakat...
Quote stingergrumpy 24-9-2023 07:04 AM
noor2 replied at 24-9-2023 06:54 AM
Siapa ni....bukan sedap suara dia nih...oh dia ni org singapore...ko sbg warga Singapore sokong di ...

Ko memang jenis yg dgr azan je kulit terbakor...kheunz?
How about yg ini? This mamat kental buah lychee dlm tin?
[youtube]oBdCUg0IWso?si=KX_1DXQExeHwkPkz[/youtube]






Quote noor2 24-9-2023 07:05 AM
stingergrumpy replied at 24-9-2023 07:04 AM
Ko memang jenis yg dgr azan je kulit terbakor...kheunz?
How about yg ini? This mamat kental buah l ...

Euwww mamat ni lagi x lalu aku  nk dgr lagu2 dia...dia ni popular sb kes kaki perempuan je..bakat yilek...
Quote stingergrumpy 24-9-2023 07:13 AM
noor2 replied at 24-9-2023 07:05 AM
Euwww mamat ni lagi x lalu aku  nk dgr lagu2 dia...dia ni popular sb kes kaki perempuan je..bakat  ...

Ko ni kalo aku sebut menilai bakat melalui emosi...ko sentap....apa ada kena mengena kaki pompuan atau tidaknyer dgn bakat? Kualiti voicenyer iteww bertiang jauh tinggalkheun nana mendoza tau.....nak cakap biar berfakta...jgn main hembus je....

Aku pang khen pepagi ni...tercabut gigi pelesu ko
Quote noor2 24-9-2023 07:17 AM
stingergrumpy replied at 24-9-2023 07:13 AM
Ko ni kalo aku sebut menilai bakat melalui emosi...ko sentap....apa ada kena mengena kaki pompuan  ...

Sapeee..si alif ni ke...ok..kita tengok masa VG ni start nanti..sapa lagi berbakat na..

Ko ni pagi2 dah marah..td solat x zikir ke cane..

Oklah aku nk lari atas treadmill..nk jogging hujan..


Chow
Quote stingergrumpy 24-9-2023 07:22 AM
Edited by stingergrumpy at 24-9-2023 07:24 AM
noor2 replied at 24-9-2023 07:17 AM
Sapeee..si alif ni ke...ok..kita tengok masa VG ni start nanti..sapa lagi berbakat na..

Ko ni pag ...


Peks mengikut schedule 2-3 hari lagi baru berdarah piyed...ko ghaser?

Tadi @rainbowrainz leads 500salawat....aku about seminit je aku suruh dia sambung terus...tak jadi kerja aku nak ikut fatwa dia kena complete 500kali zikirnyer....kheunz?

Anyway.   My top 4...jacklyn, aliff, naqiu, hadi...and perhaps nana(sebab uker kesian,alami)

Ko ghaser?

Lari atas treadmill tak ajak sama kaka rosikinky join keww?
Quote rainbowrainz 24-9-2023 08:56 AM
stingergrumpy replied at 23-9-2023 11:22 PM
Peks mengikut schedule 2-3 hari lagi baru berdarah piyed...ko ghaser?

Tadi @rainbowrainz leads 50 ...

Ko punya top 4 semuaa tu ke laut dalam matii manakkk oiii...perasannnn jee lebehhh
Quote Burong_Hantuk 24-9-2023 09:00 AM
wekkksssss
Quote noor2 24-9-2023 09:03 AM
rainbowrainz replied at 24-9-2023 08:56 AM
Ko punya top 4 semuaa tu ke laut dalam matii manakkk oiii...perasannnn jee lebehhh

Usah dilayan manak tu sgt kalau kata2 dia agak menyakitkan hati ...
Quote noor2 24-9-2023 09:04 AM
stingergrumpy replied at 24-9-2023 07:22 AM
Peks mengikut schedule 2-3 hari lagi baru berdarah piyed...ko ghaser?

Tadi @rainbowrainz leads 50 ...

Ohhh ko sokom nana juga eh...jgn ko kata sb kesian...mengaku jela suara dia pun power bila bawak lagu tinggi..huhu

Quote miss_strangers 24-9-2023 09:09 AM
Utk gv, peserta pempuan harapan Aku, Nikki n Nana..tapi Nikki cam xdpt masuk je? Harap Nana ni bawak balik semangat n vibe performance dia waktu gv2.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.130379 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top