Jakarta, Indonesia – Pemilik sebuah rumah anak yatim di Medan, Indonesia ditahan atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak, lapor laman berita Lambe Turah semalam. Lelaki itu tular selepas bersiaran langsung di laman TikTok sambil memberi makan bubur segera kepada seorang bayi berusia dua bulan pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).
Ketua Polis Medan, Valentino Alfa Tatareda berkata, suspek bernama Zamanueli Zabua atau lebih dikenali sebagai ZZ ditahan untuk soal siasat pada Selasa lalu. “ZZ ditahan kerana bertindak melakukan eksploitasi ekonomi terhadap kanak-kanak untuk kepentingan peribadi. “ZZ menguruskan rumah anak yatim itu bersama isterinya. Buat masa ini, isterinya sedang disiasat. Rumah anak yatim itu juga tidak mempunyai permit,” katanya. Menurut Valentino, terdapat 26 kanak-kanak yang dijaga di rumah anak yatim itu. Empat daripada mereka adalah bayi, manakala selebihnya bersekolah rendah dan menengah.
Selepas disoal siasat, ZZ mengakui bahawa rumah anak yatim itu telah beroperasi sejak awal tahun ini. Dalam tempoh empat bulan lalu, ZZ mengaku dia secara intensif mengeksploitasi penghuninya di TikTok. “Dalam sebulan saya boleh dapat 20 juta rupiah (RM6,098) hingga 50 juta rupiah (RM15,245). Kanak-kanak ini akan dirakam untuk mendapatkan sumbangan daripada netizen,” katanya. – Agensi Sumber: Kosmo! Online |
kam3n replied at 23-9-2023 02:02 AM
Kasihan baby. Friska tak nak tolong bela ke saudara senegara? Kata laki jusa c mampu ada dua bini? : ...
ADVERTISEMENT