View: 1459|Reply: 10
|
Demi Pancing Sumbangan, Bayi 2 Bulan Diberi Bubur Segera Semasa Live Tiktok
[Copy link]
|
|
Jakarta, Indonesia – Pemilik sebuah rumah anak yatim di Medan, Indonesia ditahan atas kesalahan mengeksploitasi kanak-kanak, lapor laman berita Lambe Turah semalam.
Lelaki itu tular selepas bersiaran langsung di laman TikTok sambil memberi makan bubur segera kepada seorang bayi berusia dua bulan pada pukul 1 pagi (waktu tempatan).
Ketua Polis Medan, Valentino Alfa Tatareda berkata, suspek bernama Zamanueli Zabua atau lebih dikenali sebagai ZZ ditahan untuk soal siasat pada Selasa lalu.
“ZZ ditahan kerana bertindak melakukan eksploitasi ekonomi terhadap kanak-kanak untuk kepentingan peribadi.
“ZZ menguruskan rumah anak yatim itu bersama isterinya. Buat masa ini, isterinya sedang disiasat. Rumah anak yatim itu juga tidak mempunyai permit,” katanya.
Menurut Valentino, terdapat 26 kanak-kanak yang dijaga di rumah anak yatim itu. Empat daripada mereka adalah bayi, manakala selebihnya bersekolah rendah dan menengah.
Selepas disoal siasat, ZZ mengakui bahawa rumah anak yatim itu telah beroperasi sejak awal tahun ini.
Dalam tempoh empat bulan lalu, ZZ mengaku dia secara intensif mengeksploitasi penghuninya di TikTok.
“Dalam sebulan saya boleh dapat 20 juta rupiah (RM6,098) hingga 50 juta rupiah (RM15,245). Kanak-kanak ini akan dirakam untuk mendapatkan sumbangan daripada netizen,” katanya. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Priskiess tersengih kerang busuk namampos sambil berteriak malu-maluin saya dengan karenah warga saya! |
|
|
|
|
|
|
|
Medan? Suku sakat Prisskiesss ke ni??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingat kat Brazil nama Valentino bagai... rupanya sekampung dgn friskos .. yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhh kesian budak2 tu semua. Harap2 terjaga la makan pakai mereka semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh pernah lalu tt aku. Cepat2 aku swipe taknak tengok. Malaysia pon ramai. Mak bapak ada anak OKU maaf la nak cakap ye aku faham financial constraints, tapi live pukul 11-1am dengan anak tak tido ke budak tu. Tak ganggu ke sebab dok kendong depan camera semata nak tunjuk kesedihan. Sama la dgn cik pia dulu dlm pantang live memalam buta sambil kendong baby bercakap punya kuat adui kesian anak kau nak tido oi |
|
|
|
|
|
|
|
Kasihan baby. Friska tak nak tolong bela ke saudara senegara? Kata laki jusa c mampu ada dua bini? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak payah tengok negara seberang,kat Malaysia ni pun ramai sister buat ni,cuma kaedah je berbeza |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah anak yatim takde permit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 23-9-2023 01:38 PM
Priskiess tuh tengah senyum siniss tengok thread probok2 dia pasal aktivitis siasat gelandangan guna duit sumbangan beli byk jajan tuh laku kerass.
Bila org lain bukak thread pasal negara dia sendirik teros ibarat macai masok gua lobang kumbahan senyap tak berkutik
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg salah, tp cara ni owner pun buat kerja ( dia yg malukan diri sendiri) ( tp bahaya la bg baby mkn bubur segera). Tp aku plg x suka klu gunakan bdk2 buat jualan/minta derma. Ko letak bdk2 tu kt stesen minyak la , kedai makan la. Aku kdg2 klu nmpak ada budak kt tepi pam minyak , terus x jd nk isi. Keluar cari stesen lain ( ni klu minyak satu bar la, klu merah terpaksa la isi) |
|
|
|
|
|
|
| |
|