Pelakon Fimie Don tidak rasa rugi apabila tidak diberi kepercayaan membawa watak dewasa oleh pihak yang masih melabelkannya sebagai pelakon kanak-kanak. Fimie atau nama sebenarnya Shafimie Saedon, 25, berkata hal itu terlalu subjektif di mata penilaian lain-lain orang tapi dia tak kisah asalkan rezekinya berlakon masih terus murah.
"Betul ada saja orang tak boleh terima. Tetapi itu bukan salah mereka untuk melabelkan saya. Mungkin itu salah saya kerana tidak bertungkus lumus berusaha untuk menjadi lebih dewasa. "Tetapi rezeki saya tidak tersekat. Rezeki saya masih ada baik watak sekolah (pelajar), mahupun watak dewasa. Jadi tidak meletakkan tak dapat watak dewasa itu satu kerugian. "Tak apalah, perlahan-lahan tapi pasti. Apapun, saya masih dalam industri," katanya pada pelancaran drama terbarunya From Saga With Love terbitan Viu, di Ginger KL, di sini, baru-baru ini.
Fimie yang cukup popular menerusi siri Hikayat Putera Shazlan sewaktu zaman kanak-kanaknya akui kaedah menghilang sebentar dari industri sebenarnya berkesan untuk membuat imej itu.
|
LadyCarefree replied at 23-9-2023 10:24 AM
Tu lah sekolah xnak. Perangai tah pa per. Aura hero tadok.
minahtaugeh replied at 23-9-2023 11:15 AM
Die sekolah..satu sekolah dgn adik sedara iols dkt kota damansara..
ADVERTISEMENT