CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa? Suami? Tak Sukalah,"Puteri Sarah Menyampah Orang Tanya Tentang Syamsul Yusof, Seronok Live Dengan Andi Arsyil

21-9-2023 04:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 23219| Komen: 219

Kelibat aktor dan usahawan Indonesia Andi Arsyil Rahman menerusi Live Puteri Sarah Liyana di platform TikTok menjadi perhatian. 

Sarah dilihat senang dan mesra disamping Andi sehinggakan ramai mengusik mengatakan aktor itu sepadan dengannya.


Bagaimanapun Puteri Sarah nampak sedikit tertekan apabila ada sesetengah netizen yang masih mengajukan soalan tentang keberadaan suaminya meskipun umum mengetahui dia sudah pun tiga bulan bercerai dengan pengarah Syamsul Yusof.



Malah Andi turut bertanya nama bekas suaminya sebelum pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu berseloroh menunjukkan jarinya ke arahnya.

"Apa? Suami? Tak sukalah," katanya.

Sepanjang rakaman video itu, Puteri Sarah dilihat mesra dengan Andi termasuk bergurau dengan 'memukul' Andi ketika dia cuba bergurau dengannya.



Peminat turut meluahkan rasa gembira dengan kebahagiaan dikecapi Puteri Sarah ketika ini dan berharap pasangan itu benar-benar menjalinkan hubungan cinta.

"Kira jadi! Macam bercinta saja... Moga Puteri Sarah bahagia.

"Tengok Puteri Sarah tenung orang sebelah (Andi) pun dah tahu.

"Semoga Puteri Sarah bertemu jodoh dengan Andi. Amin," komen netizen.


Sebelum ini, Puteri Sarah menjelaskan hubungannya dengan Andi sekadar kawan dan rakan perniagaan selain pertemuan mereka hanya atas urusan perniagaan yang turut ditemani pengurus dan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 namun jodoh mereka hanya bertahan selama semblan tahun apabila sah bercerai talak satu pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 21-9-2023 05:02 PM
yang penting bukan laki org khueennn..
Quote Farnor 21-9-2023 06:15 PM
Panas bunggung ira b****   bertmbah2lah sakit hti klau nampak ni lg haha
Quote jihyomelly 21-9-2023 06:46 PM
bukan dia caras laki ke boipren org..biar la dia cari bahagia sendiri
Quote sk8er 21-9-2023 06:51 PM
Mana nak tgk recorded live ni?
Quote khaira01 21-9-2023 07:48 PM
sk8er replied at 21-9-2023 06:51 PM
Mana nak tgk recorded live ni?

Search je fb/utube selebriti malaysia, ada full.
Yg pasti Ps nampak selesa dgn andi
Quote sk8er 21-9-2023 09:23 PM
khaira01 replied at 21-9-2023 07:48 PM
Search je fb/utube selebriti malaysia, ada full.
Yg pasti Ps nampak selesa dgn andi

Roger, tengzzzzz
Quote fossil 21-9-2023 09:39 PM
berseri2 muka ps wpun tak mekap. hati bahagia
Quote matjerk 21-9-2023 09:48 PM
Nak tanya IG irakahasofficial dah x de ke?
Quote supersudoku 21-9-2023 09:50 PM
Andi ni kaya ke uolls. X bape kenal. Mmg top ek kat sana.

Sol Pon makan doyan ek...
IK Beria pmbuat content masakkan skrggg
Quote khaira01 21-9-2023 10:11 PM
matjerk replied at 21-9-2023 09:48 PM
Nak tanya IG irakahasofficial dah x de ke?

Kan...iols check pn dh takde. Mungkin dh kena report.
Yela kan byk aib disitu, skrg masanya proses penyucian Irakxxxr, makin diterima wrga toktik nmpaknya. Ayolah move on. Yg penting jgn ganggu Puteri Sarah.
Quote Anne15 21-9-2023 10:15 PM
Ik tgh syok bt video masak2 utk followers heheheh
Quote tay22 21-9-2023 10:55 PM
khaira01 replied at 21-9-2023 10:11 PM
Kan...iols check pn dh takde. Mungkin dh kena report.
Yela kan byk aib disitu, skrg masanya proses ...

Owner account tu pernah komen kat one of his/her posts, dia banyak buat akaun backup kalau kena report and katup. Wait and see if ada kemunculan baru.

IK akan sentiasa dihantui akaun2 ni gayanya
Quote lolipopmanish 21-9-2023 11:03 PM
Smlm iols tgk sheol buat live kt tt view sampai 17k
Mcm padan jah kalau betul dgn andi tuuu
Quote Anne15 21-9-2023 11:08 PM
lolipopmanish replied at 21-9-2023 11:03 PM
Smlm iols tgk sheol buat live kt tt view sampai 17k
Mcm padan jah kalau betul dgn andi tuuu

Yg ptg bkn org punya kan..iols pun suka jer tgk diaorg berdua..kalau tak jd jodoh pon xper yg ptg berjaya bt SY cemburu hahahahahahahahaha
Quote miss_strangers 22-9-2023 12:13 AM
Sol up stori gambar durian jugekkk....terstalk ex bini keee tengah happy2 santai2 healing makan durian dgn temen baru....

Apesal sol x up stori gambar masakan bini??? Penat je bighah masak macam2... appreciate sket la sol
Quote matjerk 22-9-2023 01:08 AM
[youtube]J1DGYqB6SHo?si=xNI2q4fwiZq45eHM[/youtube]
Quote Farnor 22-9-2023 03:12 AM
supersudoku replied at 21-9-2023 09:50 PM
Andi ni kaya ke uolls. X bape kenal. Mmg top ek kat sana.

Sol Pon makan doyan ek...

memang top la juga.. kaya raya juga..cuma low profile jer
Quote Hypothetically 22-9-2023 06:03 AM
Dia dah tak bersuami buatpe nak associate lagi. Hidup dia dah tak perlu izin sesapa, so biar dia happy dgn hidup dia skg.
Quote Suchi 22-9-2023 07:11 AM
Biarlah dia move on, dia pun berhak bahagia gak
Bkn baru 3 bln dia tak berlaki ikutkan dah bertahun2 sebenarnya cuma tak official je.
Selama ni digantung tak bertali, skrg tali dah putus biarlah dia nk terbang ke mana pun.

Eloklah dia dah ada bf baru drpd meroyan tak abis2 teringat ke ex tok laki bertahun2.

Lihat semua komen(219)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.071124 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top