CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Sendiri Tak Tahu Rumah Tangga Saya Sampai Bila?"-Bella Astillah

21-9-2023 11:23 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5021| Komen: 31

Bella Astillah terkesan dan sedih apabila melihat ramai rakan-rakan artis mengalami masalah rumah tangga.

Pernah melalui hal yang serupa, Bella berkata, dia sangat memahami mereka yang terkesan dengan isu serupa.


Foto: IG

“Bila baca berita tentang rakan-rakan artis yang alami masalah rumah tangga, saya jadi sedih. Sebab saya tahu perasaan mereka.

“Tapi, dalam masa sama, saya tidak berborak dengan orang tentang isu tersebut sebab saya sendiri takut. Hal jodoh ni semua rahsia Allah, saya sendiri tak tahu rumah tangga saya sampai bila?,” katanya kepada Gempak.


Ditanya mengenai hubungannya dengan Aliff, Bella berkata, suaminya itu banyak menunjukkan perubahan positif, khususnya perihal keprihatinan terhadap dia dan anak-anak.

“Banyak perubahan positif yang saya lihat pada Aliff. Dia sekarang banyak ambil berat, selalu tanya saya buat apa.

“Kadang-kala, dia juga akan buat panggilan video dengan saya ketika di set penggambaran. Alhamdulillah sebab dulu dia tak macam tu. Harap tak berubahlah,” katanya.


Bella turut tidak meletakkan sebarang ‘harapan’ pada hubungan perkahwinannya.

“Itu yang saya takut kalau letak expectation… saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang.


“Sekarang ya, mungkin seronok dan berbunga, tapi kita tidak tahu apa yang akan jadi nanti. Apa pun, saya sentiasa berdoa saya dan suami kekal selamanya, insya-Allah,” tutup Bella. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote menjad 21-9-2023 11:26 AM
Jangan sandarkan hati kita sepenuhnya pada orang. Kita sendiri kena jiwa kental. Kena tinggal kena cerai kita bersedih sekejap ajer pastuh move on.

Perkara belum jadi jangan pikir jauhhhh sangat nanti stress. Berkalau2 tuh tak bagus.
Quote matjerk 21-9-2023 11:35 AM
Klu dulu, kakaduda dah mencemar duli dah ni dgn sepatah dua laharan
Quote sayurmayur88 21-9-2023 01:23 PM
jodoh, ajal ,maut semua urusan/ketentuan Tuhan
Quote cik_ingeniare 21-9-2023 02:11 PM
sebab hati manusia tu berbolak balik.. sentiasalah berdoa kepada Allah sebab Dia lebih mengetahui
Quote asimilasi 21-9-2023 02:11 PM
for me... mostly apa yang iols kenal... lelaki ni bila belum kahwin.. mmg akan try habis2san... tp bila kahwin a few years... especially dah start ada anak... kat situ akan namapk lelaki@suami sekadar buat kerana tanggungjawab bukan ikhlas seperti sebelum kahwin..... kalu kena pulak isteri lebih fokus kat anak... then kat suami pun isteri layan nak tak nak terutamanya seks.... kat situla akan bermula orang ketiga....SEBAB kadang2 kebetulan waktu diorang down or kesunyian ada perempuan lain layan lebih baik, lembut or kadang2 biasa je... tapi itula akan jadi bibik episod seterusnya.... itu yang iols perasannnn tp mostly perempuan@isteri akan rasa dah bagi sehabis baik... gitu la ceritanya...
Quote zuriey 21-9-2023 02:15 PM
Kalau ko lawa mcm dd baru aciks porem syg dan kasihan hokey
Tapi aku pun mls nk kesian kt ko
Hadap je la laki ko
Quote Kentot_Wangi 21-9-2023 02:18 PM
matjerk: Klu dulu, kakaduda dah mencema ...
Haah.. Kakaduda kat mana skrg? Lama betul x npk sheol
Quote gideoncross 21-9-2023 02:20 PM
Dh dpt laki pun bising, bgi je lh kat aku yg msih single ni.
Quote lanacondor 21-9-2023 02:23 PM
Meols cuma nk ckp baju2 sheols cantik2.. bell share la bli baju kt mn
Quote Antifake 21-9-2023 04:24 PM
X habis2 dia ni.. dah ada tanda2 ke
Quote kotakominami 21-9-2023 04:30 PM
gideoncross replied at 21-9-2023 02:20 PM
Dh dpt laki pun bising, bgi je lh kat aku yg msih single ni.

Dia bising sebab peah single...lepas ni berkajang lah  post pasrah..sambil tetibe selit anak si rockers tu bertanye" sape peah? serius ni saye tak kenal"....
Quote gideoncross 21-9-2023 07:02 PM
kotakominami replied at 21-9-2023 04:30 PM
Dia bising sebab peah single...lepas ni berkajang lah  post pasrah..sambil tetibe selit anak si ro ...

Kan? Sofia Albarakbah tu dh bgithu single, so haruslh c BA ni triggered since AA hri tu d kaitkan dgn Sofia. Mmg kat rumah AA ni d cemuh dek BA bila laki dia d sabitkan dgn Sofia lol, brtabahlh AA.
Quote gideoncross 21-9-2023 07:02 PM
Antifake replied at 21-9-2023 04:24 PM
X habis2 dia ni.. dah ada tanda2 ke

Sbb Sofia dh single, tu yg dia triggered tu.
Quote TomyamPuteh 21-9-2023 07:22 PM
Aku setuju je dgn Bella.
Quote Rogue98 21-9-2023 07:24 PM
Bila bukak mulut jer mesti nak cakap pasal rumahtangga. Memang dia dah insecure sangat tu.
Quote Antifake 21-9-2023 07:43 PM
gideoncross replied at 21-9-2023 07:02 PM
Sbb Sofia dh single, tu yg dia triggered tu.

Ooo.. patutla.. insecure manjang macam ni baiklah solo. Ramai nak pancing nanti.
Quote AWEKSAMURAI 21-9-2023 09:35 PM
Dia mula dh ..tau lah GV nk start dh ni
Quote Lampuled 21-9-2023 10:07 PM
Suami dia adalah modal utama dia utk nk secure dlm industry. Tanpa suami dia yg hensem tu ssh jugak dia nk naik. Ok la boleh tumpang popular suami. Suaminya diam je tak pernah nk berkutik sebut nama dia.
Quote rayna_raynes 21-9-2023 11:14 PM
makin matang statement dia. baguslah. iols harap bella bahagia, with or without alip.
dulu nampak sgt dia cinta mati dengan alip
skrg dia nampak happier as herself, rather than as alip's wife

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.096548 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top