CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nelissa Nizam Trauma Teringat Peristiwa Hitam Dalam Kereta

21-9-2023 10:30 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3618| Komen: 13

Pelakon Nelissa Nizam mendedahkan dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ketika di awal pembabitannya dalam industri seni.

Nelissa atau Nelissa Edreena Nizam, 25, berkata watak Saleha yang dilakonkan di dalam Siri Astro Original Riot! sangat dekat dengan dirinya kerana mempunyai kisah yang hampir sama.


Kata Nelissa, kejadian hitam itu berlaku di dalam kereta, malah apabila membaca skrip siri berkenaan membuat dirinya menggigil trauma.


"Ini adalah karakter yang paling mencabar buat saya... lain dari lain yang pernah saya bawa sebelum ini.

"Ini adalah karakter yang bermakna buat saya sebab ia sangat berkaitan dengan diri saya. Saya pun pernah kena benda yang sama (gangguan seksual).

"Pengalaman saya sendiri kena di tempat kerja, sama macam watak saya dalam siri Riot! ini yang berlaku dalam kereta.

"Bila saya dapat skrip ini dan kena di dalam kereta terus saya menggigil," katanya kepada mStar.


Nelissa berkongsi perkara itu semasa sidang media Siri Astro Originol Riot yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa lalu.

Menurut Nelissa, ketika itu dia masih belum memahami ragam dunia seni malah dirinya juga seorang yang peramah kerana bimbang dicop sebagai sombong.


Bagaimanapun, dia kecewa apabila niat baiknya itu disalah ertikan sehingga ada pihak yang sanggup mengambil kesempatan ke atas dirinya.

"Kita ini cuba untuk peramah agar orang senang dengan kita. Tapi orang itu tarik kita... cuba buat sesuatu.

"Pengalaman itu buat saya jadi trauma, kita nak baik... takkanlah kita nak sombong atau meninggi diri sebab kita nak datang set lebih senang.

"Ketika itu saya budak dan tidak matang dan dapat pula orang yang lebih berkuasa dan besar daripada kita jadi dia ambil kesempatan," ujarnya.

Enggan terus memikirkan kejadian tersebut, Nelissa memilih untuk melupakan hal tersebut agar tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon.

"Sebagai perempuan kita akan rasa kita yang salah. Bila kita cuba buat sesuatu dia cuba memansipulasi kita kemudian buat kita rasa bersalah.

"Bila saya rasa saya bersalah saya terus takut terus saya nak lupakan kejadian tersebut," luahnya lagi.

Nelissa berkata meskipun siri ini mencetuskan trauma namun para pelakon yang berkerjasama dengannya memberi kerja sama yang baik selain menghormati dirinya.


Malah dia bersyukur diberi peluang melakonkan watak Saleha selain berharap siri ini dapat memberi mesej yang baik kepada semua golongan terutama kaum wanita.

"Bila kita buat cerita pasal gangguan seksual, Alhamdulillah kesemua tim sangat membantu. Setiap pergerakkan akan ada perbincangan dan kerjasama.

"Abang Rashidi Ishak juga meminta izin untuk menyentuh saya," kongsinya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote epullipan 21-9-2023 10:31 AM
tak kenal sapa ni
Quote Violacantik 21-9-2023 10:34 AM
Sapa nie ?
Quote cikatilia 21-9-2023 11:56 AM
dia ni membosankan.. tp aku ingat dia berlakon dgn zul ripin.so dull.
Quote heythere123 21-9-2023 11:57 AM
epullipan replied at 21-9-2023 10:31 AM
tak kenal sapa ni

mula2 pelakon, pastu jadi penyanyi kejap, pastu berlakon balik.

sheols dulu join group The Gadys, tapi nampak gaya macam dah keluar group
Quote epullipan 21-9-2023 12:35 PM
heythere123 replied at 21-9-2023 11:57 AM
mula2 pelakon, pastu jadi penyanyi kejap, pastu berlakon balik.

sheols dulu join group The Gadys ...

thnajs atas pencerahan..tapi tetap tak kenal
Quote heythere123 21-9-2023 12:39 PM
epullipan replied at 21-9-2023 12:35 PM
thnajs atas pencerahan..tapi tetap tak kenal

takpe chuols, memang sheols kategori sejuk beku jugak.

Baru 2 drama kot sheols dapat jadi heroin. Boring sikit, takde aura sangat.
Quote heythere123 21-9-2023 12:41 PM
cikatilia replied at 21-9-2023 11:56 AM
dia ni membosankan.. tp aku ingat dia berlakon dgn zul ripin.so dull.

haah, agak boring. Tapi setakat ni sheols nampak  sejenis tak kekwat kalau tengok dekat ig. Cuma dekat luar tatau lah
Quote cikatilia 21-9-2023 02:22 PM
heythere123 replied at 21-9-2023 12:41 PM
haah, agak boring. Tapi setakat ni sheols nampak  sejenis tak kekwat kalau tengok dekat ig. Cuma d ...

kan.. dia xdak aura utk jadi artis yg bole di tgk repeat2.. for me la kan..
aku lagi tertarik nak tgk ida moin berlakon dari dia.. hahahaha noreen ke..  
even kwan noreen aya tu pon.

Quote shernazz 21-9-2023 02:28 PM
Nama dia sedap...
Moden gitchuu
Quote cicicumel 21-9-2023 02:52 PM
Salah sorg pelakon baru yang tak layak jd heroine... Muka mcm aida jebat.
Quote I.K.A888990 21-9-2023 03:12 PM
awat muka dia lain2 haha
Quote heythere123 21-9-2023 04:21 PM
cikatilia replied at 21-9-2023 02:22 PM
kan.. dia xdak aura utk jadi artis yg bole di tgk repeat2.. for me la kan..
aku lagi tertarik nak  ...

norreen dia berlakon elok jugak. Bagi watak apa pon jadik je & memorable jugak. Padahal iols anti sheols sebab perangai hazabedah sangat

Aya tu pon lagi sedap dipandang kan kalau berlakon sebab riak muka pon dah kelakar
Quote KamikuP 21-9-2023 04:24 PM
muka dia mcm influencer lelaki yg kelempok tu ekekeke

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.062962 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top