CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Sudah Kaya Baru Saya Fikir Nak Mencari Suami," Puteri Sarah

21-9-2023 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5418| Komen: 26

Selepas tiga bulan bercerai dengan Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana belum terfikir untuk mencari pengganti apatah lagi kembali berkahwin.

Fokus utamanya kini adalah memastikan dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, mendapat didikan dan kasih sayang terbaik daripadanya dan Syamsul.


Foto: IG

"Saya belum terfikir untuk mencari pasangan baharu, sebaliknya saya tengah berusaha mencari duit untuk keselesaan anak-anak.

"Kalau saya sudah kaya baru saya fikir mencari pengganti. Sekarang ini saya tolak tepi fasal cinta. Apa yang lebih mustahak adalah anak-anak. Saya ingin pastikan mereka mendapat kasih sayang dan didikan yang terbaik.

"Kemudian saya mahu fokus dengan kerjaya. Ada banyak perkara yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sebelum ini saya nak tunaikan. Misalnya saya nak berjaya dalam perniagaan, jadi saya sedang berusaha ke arah itu," katanya kepada Harian Metro.




Ditanya mengenai sejauh mana hubungannya dengan pelakon Indonesia yang juga rakan kongsinya, Andi Arsyil Rahman, Puteri Sarah berkata, hubungan mereka hanya sebagai rakan kongsi.

Kata Puteri Sarah, mereka kerap bertemu secara profesional untuk berbincang mengenai tawaran perniagaan di Malaysia.


"Andi adalah pengeluar untuk produk kecantikan dan hijab, jadi saya terfikir kenapa tidak ambil peluang jadi pengedar bagi pasaran tempatan.

"Insya-Allah, Andi akan ke Kuala Lumpur dalam waktu terdekat kerana kami merancang untuk membuka kilang di sini. Kami merancang untuk edarkan di Singapura.



"Persoalan jika hubungan rakan niaga bertukar menjadi cinta, itu kita tengoklah nanti. Lagipun, saya berkawan dengan semua orang dan tak mahu dilabel tak sedar diri," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tay22 21-9-2023 10:53 AM
Thread yg sama dah ada
Quote doubleA 21-9-2023 11:20 AM
Bezanya dgn shelop, shelop jual kukis yahudi, jadi face timbang kilo dah kaya travel merata, merc beg dior nak cari laki plak, anak pun tak bagi ex

Kalau jadikan PS idola, contradict perlakuan
Quote menjad 21-9-2023 11:23 AM
Jadi kaya maka pilihan akan jadi lebih besar. Strategi yang bagus.
Quote abadi84 21-9-2023 12:50 PM
Ardi tu pun dah kaya. 300 juta rakyat Indo woiii.. very big market.
bIRAHKAZAR bolehlah teruskan hallo everyone sambil dikagumi ummah tiktok yg tak reti masak
Quote Manusiabesa 21-9-2023 12:59 PM
Aku tatau coincidence ke apa tp smlm ps bw laki indon tu p mkn deyan. Smlm gk sol igstory tayang deyan kt kebun dia. Nth la. Kbtulan or mmg sol sntiasa stalk bekas bini. Klu rindu kt ps pun dia mls nk kecoh2 la kot.sbb ada betina gila kt umh dia.
Quote khaira01 21-9-2023 01:08 PM
Sweet je tgok live andi dgn puteri sarah semalam
Quote OsHiN_hOnEy 21-9-2023 01:12 PM
tu antara sebab knp samdol lately mcm selalu up pasal anak2 dia
bersungguh tunjuk yg dia sayang dan peduli
dia takut kot kalo sarah bebetul dgn org seberang
nanti terputus kasih sayang
dgn iranazak belum ada rezeki lagi
semoga Allah beri yg terbaik buat sarah dan anak3
tapi taste betul dia dgn org indon ni ek
tak sangka pula
but it makes biz sense for her to venture out there
bigger market
Quote tay22 21-9-2023 01:13 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2023 12:59 PM
Aku tatau coincidence ke apa tp smlm ps bw laki indon tu p mkn deyan. Smlm gk sol igstory tayang dey ...

Perasan juga those IG stories. Rasanya Sol ni kerap juga update pasal durian kat dusun tu. I tak rasa Sol nak berlawan2 post pasal Andi.
Sbb masa DP pergi makan2 durian few weeks ago (maybe dusun lain), Sol ada post pasal durian juga. So kebetulan je ni.
Papepun, rank posting Sol for the time being:

1. Anak2
2. Kerja
3. Kereta
4. Durian/Dusun

IK tak de dalam senarai. Haha
If one day Sol post IK tak de hal pun. Dah bini dia kannn...yg Sol kena hadap for the next 40-50 years kalau masing2 umur panjang. Elok lah deme berdua tu. Biar PS bertemu kebahagian dengan orang lain yg sekufu.
Quote asfaz 21-9-2023 01:15 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2023 12:59 PM
Aku tatau coincidence ke apa tp smlm ps bw laki indon tu p mkn deyan. Smlm gk sol igstory tayang dey ...

Screenshot_2023-09-21-13-15-18-73_1c337646f29875672b5a61192b9010f9.jpg
Quote Manusiabesa 21-9-2023 01:19 PM
tay22 replied at 21-9-2023 01:13 PM
Perasan juga those IG stories. Rasanya Sol ni kerap juga update pasal durian kat dusun tu. I tak r ...

Kan.aku syak sol mmg xda masa dgn ik sgt pun sejak lps menikah. Ik byk alone d rumah or kluar dgn kakak/kwn.. aku syak lg, dlm hati sol byk kali dh terdetik kekesalan menikah dgn ik tu. Tp sol mls nk kusut2 plan apa2 lak. Dia hadap je ada ik as bini tp dia jarang spend time dgn ik. So segala bhn2 masak, aku assume ik p beli sndiri. Dh siap masak ,mkn pun sorg dia habiskn sndiri2. Mmg sol xbapa lyn dia pun sbnrya. Haha. Xde ke jiran2 rumah dorg kt sini? Tlg updte stuasi sbnar laki bini ni khdupan yg mcm  mana skrg.
Quote Hypothetically 21-9-2023 01:27 PM
Manusiabesa replied at 21-9-2023 01:19 PM
Kan.aku syak sol mmg xda masa dgn ik sgt pun sejak lps menikah. Ik byk alone d rumah or kluar dgn  ...

Kan, org yg blm kawin pun boleh buat video happy2 makan durian sama2, mcm ada yg tak kena dgn hidup dia.
Quote adelea 21-9-2023 01:28 PM
klu dah kaya laki yg carik uolsss , uolss x payah sesusah nak cari sarah oiii
jantan skrg mmg ramai yg hadap betina kaya
Quote cm_vungtau 21-9-2023 01:31 PM
Sol memang suka perempuan free hair, tapi sebab dia acah alim, perempuan tu kena pakai tudung, pastu dia bosan. Agaknya kot. Bila perempuan wild jadi pakai tudung, terus dia takde spark dah. Nasib ko ler Ira oi. #donespeku
Quote edoraixora 21-9-2023 02:11 PM
Sol kawen ira aritu sebab ego & terpaksa kot
Tu yg buat ira macam tak wujud je skrg
Or..dia xnak expose sgt ira sbb nak amek hati netizen, kang filem kena boikot pulak kalau beria2 expose
Quote chocobozhere 21-9-2023 02:28 PM
Edited by chocobozhere at 21-9-2023 02:29 PM

Nak tergelak pulak tengok gambar kedua tu.Hehehe..
Quote gideoncross 21-9-2023 02:28 PM
Dah ada pasangan lah tu, biasalh.
Quote Burong_Hantuk 21-9-2023 02:29 PM
Quote miss_strangers 21-9-2023 02:38 PM
Shelop pon patut bisnes tudung ikut jejak langkah idolat
Quote miss_strangers 21-9-2023 02:40 PM
tay22 replied at 21-9-2023 01:13 PM
Perasan juga those IG stories. Rasanya Sol ni kerap juga update pasal durian kat dusun tu. I tak r ...

Sol tunggu filem rempit dia meletop cm mat kilau baru dia mengelek bighah pegi semua event kot

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:41 PM GMT+8 , Processed in 0.115115 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top