CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Caprice Upah Bodyguard Untuk Mondy Tattoo, Sanggu Pergi Sampai Bangi Nak Belikan Rokok Gudang Garam

21-9-2023 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3881| Komen: 8

Caprice sanggup mengupah pengawal peribadi (bodyguard) demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pensohor Mondy Tattoo di Malaysia.

Tindakan tersebut diambil sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak perkara tidak sepatutnya berlaku terhadap wanita kelahiran Indonesia itu.




“Mondy selamat di sini. Paling bahaya kalau dia balik (Indonesia), kes ini akan berjalan lebih sebulan. Jadi, dalam tempoh itu dia akan berada di bawah jagaan pihak saya.

“Buat waktu ini kami pastikan dia dalam keadaan selamat sepanjang masa malah akan ada seorang ‘bodyguard’ wanita menemaninya.

“Tanggungjawab menjaganya jatuh ke bahu saya 100 peratus. Saya juga dah berbincang dengan Kedutaan Indonesia, kita tengok macam mana nanti,” katanya kepada Kosmo.



Menurut Caprice lagi, dia memberikan layanan sebaik mungkin kepada Mondy yang sudah dianggap sebagai tetamunya sepanjang berada di negara ini.

“Kalau Mondy balik ke Indonesia kes ini akan ditutup. Saya pun datang dari keluarga diplomatik yang diajar menghargai tetamu. Bapa saya dulu kerja di Wisma Putra.

“Saya dah biasa jaga tetamu. Kalau kalian datang ke tempat dia menginap, boleh tahu pihak saya layan dia baik-baik. Dia minta rokok gudang garam, saya cari sampai Bangi,” katanya.



Ditanya harapan berhubung kes membabitkan gangguan seksual itu, dia menegaskan bukan sekadar berkaitan Mondy, besar harapannya semua kes membabitkan mangsa bagi isu sama menemui keadilan.

“Harapan untuk semua kes termasuk kes Mondy adalah supaya suara mangsa dapat didengar secara jelas sebelum mengecam mereka.



“Mangsa seksual, takkan kita nak kecam secara melulu. Saya berharap orang Malaysia dapat beri peluang kepada semua mangsa mendapat pembelaan.

“Insya-Allah, kebenaran dan keadilan akan sentiasa berada di pihak mangsa,” katanya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote maroon_nerd 21-9-2023 11:04 AM
Lah. Kau pulak beria. Kau ni sapa? Sedara dia? Oh lupa. Activist..
Quote opie5662 21-9-2023 11:54 AM
Jgn nnt mondy kata ko lak cabul dia kepris. Apa yg menyibuk sgt ntah.. Aku pon tak paham. Jgn nnt anak keluau terkenan muka mondy... Tak pon muke lebit. Hahahaha. Ade chipsmore kat muka.. Hahahha
Quote cempakaa 21-9-2023 11:57 AM
opie5662 replied at 21-9-2023 11:54 AM
Jgn nnt mondy kata ko lak cabul dia kepris. Apa yg menyibuk sgt ntah.. Aku pon tak paham. Jgn nnt an ...

Hahahahaha chipsmore kat muka ????
Quote Sazreena 21-9-2023 01:14 PM
Lantaklah dia ariz oiii..drpd xde kes dah ada kes...kalau kes budak bawah umur kena sexual abuse aku sokong utk dorang dapat pembelaan..ini aku tgk cam dah over nau. Femes kat dunia pun tak guna sbb banyak nak menjawab kat akhirat.
Quote nolya 21-9-2023 06:00 PM
Kenapa Caprice tak nak bantu rakyat M'sia, gadis yg ada kes rogol dgn Da'i Syed tempoh hari. Or may be gadis tu boleh approach Caprice untuk membuka semula kes dn tuntut keadilan. Banyak juga duit Caprice sampai pasang bodyguard untuk Mondy. Nafkah Mondy di M'sia pun sanggup dia tanggung. Hebat..... Kedubes I'dsia tak main peranan ke ke atas WN mereka?
Quote FlexyFox 21-9-2023 06:44 PM
Sebenarnya Caprice dan isteri dia kerja apa ya? soalan jujur ni.
Quote makneng 21-9-2023 06:50 PM
Berapa lama sinetron ni nak berlangsung???
Quote Prickford 21-9-2023 06:53 PM
opie5662 replied at 21-9-2023 03:54 AM
Jgn nnt mondy kata ko lak cabul dia kepris. Apa yg menyibuk sgt ntah.. Aku pon tak paham. Jgn nnt an ...

Entahnya. Satu Malaysia dia boleh propa konon pakai tudung labuh berjubah bagai. Sampai orang simpati. Dia dgn Lebit Lew tag team sama2 nak menipu netizen, kau plak acah2 nak jadi hero.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:38 PM GMT+8 , Processed in 0.084657 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top