Tular video di Facebook memaparkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Senator Fuziah Salleh membeli barang dapur di pasar raya. Ini susulan rakyat merungut RM200 tidak mampu menampung belanja barang dapur bulanan.
Beliau mengambil inisiatif dengan meninjau dan membuat pembelian sendiri untuk memastikan sama ada dakwaan rakyat benar ataupun tidak. Dalam video tersebut, Senator Fuziah membuat pembayaran atas barang yang dibeli seperti 2 biskut cracker, milo, 2 maggi, 2 sardin, 2 tepung, sebotol minyak besar, 1 tin susu pekat, beras 5 kilogram, ayam mentah dan barangan dapur yang lain. "Siapa kata RM200 tak boleh? Tak cukup? Kena RM500? Jangan cakap perkara tak benar," katanya. Loading FB Post...
Selepas semua barang yang dibeli sudah dikira, jumlah barang dapur tersebut tidak melebih RM200 dan hanya berharga RM136.30. Bagaimanapun perkongsian video itu mendapat kecaman dan hentaman ramai yang mempertikaikan adakah ayam dibeli tahan sebulan?Susu pekat nak buat teh tarik tapi mana tehnya? Rata-ratanya mempersoalkan barang yang dipaparkan tidak mampu menampung keperluan rakyat dan jauh dari realiti sebenar. -CARI |
seri_mawr replied at 20-9-2023 11:19 AM
mmg rm200 boleh beli barang.....
RM100 pun boleh beli barang....kot rm50 pun boleh beli barang jua.. ...
tikusmontok replied at 20-9-2023 11:45 AM
Lantik bangang jadi menteri, itu la hasilnya hanat
ADVERTISEMENT