Neeta Manisha mengakui masih ramai belum mengetahui dia memiliki darah campuran. Neeta atau nama sebenarnya Neeta Manishaa Manogaran, 29, memberitahu dia merupakan anak hasil perkahwinan campur, namun baginya itu bukanlah sesuatu yang istimewa.
Dia juga pernah disangka pembantu rumah semasa berjalan bersama neneknya yang berbangsa Cina. "Ayah saya Chindian, ibu saya Siam. Nenek saya pula Cina... sehingga ada yang tersalah anggap saya ini pembantu apabila berjalan dengannya di pasaraya. "Semua orang adalah keluarga saya sama ada bercampur atau berbeza agama. Saya tak cakap pun ia istimewa, ramai je campuran macam saya," katanya di Twitter. Meskipun memiliki darah campur, Neeta berkata itu bukanlah penghalang untuk dia berkawan dengan pelbagai bangsa. Malah, sejak kecil dia dia diajar untuk menghormati budaya dan agama orang sekeliling.
|
dewi_rina replied at 20-9-2023 09:38 AM
Agama apa? Sbb katanya ke gereja, kuil, masjid. Agaknya tu pun dia keliru, sbb a lot of mix sangat. ...
she replied at 20-9-2023 10:08 AM
Macik suka lagu Neeta Sakit nih
Sayang macik takde anak teruna baya dia
_blackbird replied at 20-9-2023 10:16 AM
kat malaysia ni nasib chindian dan serani mmg sgt malang, mmg akan selalu dipandang sinis oleh acik2 ...
roti_banjir replied at 20-9-2023 10:20 AM
yang nih betul sgt.... member aku siap pakej kena soal siasat sbb makan kat mamak di bulan puasa. ...
roti_banjir replied at 20-9-2023 10:20 AM
yang nih betul sgt.... member aku siap pakej kena soal siasat sbb makan kat mamak di bulan puasa. ...
lasagna replied at 20-9-2023 09:43 AM
ahhh lama tak dgr cite pasal dia. xde single terbaru ke?
ADVERTISEMENT