CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Sempat Masak, Saya Tempah," Sibuk Macam Mana Pun Fasha Sandha Tak Pernah Abaikan Perut Suami

20-9-2023 09:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4827| Komen: 17

Fasha Sandha 39, berkata dia berasa puas apabila dapat menjayakan pelbagai watak sepanjang berkecimpung dalam karier lakonan.

"Saya lebih suka sekiranya mendapat watak antagonis. Saya dapat berikan sesuatu yang berbeza dalam lakonan. Jika watak bukan heroin pun saya tiada masalah.


Foto: IG

"Bagaimanapun saya masih bersyukur sehingga usia kini produksi masih berikan watak utama. Saya gembira menjalankan tugas sebagai pelakon," katanya kepada mStar.

Baginya setiap watak diberikan harus dilaksanakan sebaik mungkin untuk memberi kesan terhadap jalan cerita yang ingin disampaikan.

Fasha juga sempat berkongsi rahsia kebahagiaan bersama Aidil Aziz seperti yang sering ditonjolkan dalam hantaran di media sosial.



"Walaupun sudah enam tahun mendirikan rumah tangga, kami masih ada rasa rindu dan tidak sabar nak pulang ke rumah selepas habis kerja.

"Meskipun saya wanita berkerjaya, saya tak pernah abaikan bab makanan suami. Perut suami kena jaga. Kalau tak sempat masak saya akan tempah melalui pesanan penghantaran.


"Saya ini bukanlah wanita sempurna, cuma yang dirasakan terbaik saya akan kongsi untuk memberi inspirasi kepada semua," ujarnya.

Dalam masa sama aktres ini juga menganggap perkahwinan pertama dengan Rizal Ashram sebelum ini telah memberi dia banyak pengalaman untuk menjadi seorang isteri terbaik buat Aidil.


"Saya tidak menyesal dengan perkahwinan terdahulu. Kisah lama menjadi saya seperti mana sekarang ini. Tanpa suami dahulu tak mungkin saya ada dua orang anak.

"Pengalaman lalu menjadikan saya lebih baik," jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Fasha bakal tampil dalam sebuah drama yang menyentuh perasaan berjudul Malang Si Puteri.

Untuk rekod Fasha dan Rizal atau Jejai berkahwin pada 27 April 2012 namun bercerai pada 20 Januari 2016.


Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, 10, dan Jamyma, 8.


Sementara perkahwinan bersama Aidil pula mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Aisha Amaira yag kini berusia dua tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 20-9-2023 09:15 AM
Baguslaa ko fasha.. moga jd isteri solehah
Quote dewi_rina 20-9-2023 09:23 AM
Oh ye, dulu sibuk-sibuk pun sempat goreng ikan dgn buat sambal belacan.. Nak jaga perut laki katanya, biasa lah dulu kan penyondol.. Kena masuk dapur amik hati laki.. Skrg dah takde laki tu takyah sibuk nak masak dah.. Order je
Quote dewi_rina 20-9-2023 09:27 AM
Anak pempuan dia dgn jejai tu betul2 dia nak groom jadi mcm dia baju nampak pusat 24 jam. Sama mcm kak km jugak, anak baju nampak pusat je, kalau tak nampak pusat org tak pndang agaknya. Apelah mak2 mcm ni, tak masuk angin ke perut anak tu
Quote cikatilia 20-9-2023 09:41 AM
dewi_rina: Anak pempuan dia dgn jejai tu betul2 dia nak groom jadi mcm dia baju nampak pusat 24 jam. Sama mcm kak km jugak, anak baju nampak pusat je, kalau tak  ...


nampak beso nau tunjuk perut tu..
yg lelaki aman2 aje mcm budak2
Quote KirazMevsimi 20-9-2023 09:42 AM
sesibuk mana pun fasha, tetap ada usaha jaga perut suami. teruskan contoh yang baik sebegini. moga terus aman dan bahagia
Quote Burong_Hantuk 20-9-2023 10:06 AM
yer la tu...mulia klu kenyangkan perut biawak idup ni
Quote kucingitam 20-9-2023 10:40 AM
teruskan je apa yang kau buat...pedulikan mulut2 netizen... laki kau, kau je tau mcmana nak jaga...
Quote juruterra 20-9-2023 10:55 AM
patutnya ko sibuk kerja x smpt masak, suh laki tu masak. kalau dia malas masak, dia patut order grab sendiri. ni tanda2 bewak grrrr
Quote Realpeople17 20-9-2023 10:58 AM
Bab jaga perut laki tu bgus da. Pasni jgn brcumbu lagi laki bini kat public. Tak nmpk sweet pun. Nmpk tak senonoh je.
Quote OsHiN_hOnEy 20-9-2023 11:38 AM
https://www.astroawani.com/berit ... i-aidil-aziz-202619

kadang shin rasa dia terlalu byk on her mind
or mkn benda2 mengarut sampai it clouded her brain cells

dah berapa kali baca dia ckp dah 6 tahun kahwin
was she misquoted? or she really said it

dia kahwin same date dgn ND - her arch nemesis then
tu sebab shin boleh ingat
pastu smlm dia sambut anniversary dgn laki dia?

bkn dia tunang end of 2018 ker?

pra jimak kat bali tu dia tak malu nak mengaku her anniversary ker?

tu lar payahnya nak suka fasha ni
dia suka berbelit2 menipu fakta
Quote Beribear 20-9-2023 12:14 PM
Dah kurus ni nampak mcm 20an lah dia. Cantik tp tetap iolss tak minat
Quote rainbowrainz 20-9-2023 12:32 PM
Pasah n sebal berpisah tada
Quote kakJOYah 20-9-2023 12:41 PM
yelah, kau sorang jelah jaga perut laki
kau dan sekalian penyondol mmg terrrer bab jaga laki
Quote makcun14 20-9-2023 02:21 PM
Edited by makcun14 at 20-9-2023 02:22 PM

meh mak buat correction "tanpa suami yang dulu, tak mungkin dua orang anak saya merasa cuti overseas and sekolah elit... "
Quote AbdulSmokeyy 20-9-2023 03:20 PM
Terpaling jaga perut laki..ok next!?
Quote ghalibboy 20-9-2023 05:08 PM
Patutnya suami order atau beli sendiri makanan jika isteri busy kerja.
Quote Chah21 20-9-2023 05:18 PM
Cuma ok la kn lepas kawen edel ni ada jgk pasha ni msak2.. masa ank 'dara' dulu kelakor yg bts ketuk2 ramadan dia jerit kt mak dia masa msak minyak percik2

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.139873 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top