Ziana Zain, 55, belum sedia menerima menantu dan mahu anak sulungnya, Muhammad Aiman, 23, memberi fokus pada pendidikan dalam jurusan Hotel dan Katering. Kata Ziana, anak terunanya itu bakal menyambung pengajian ke peringkat ijazah di sebuah universiti swasta di Shah Alam pada tahun depan seterusnya menyimpan impian mencari pengalaman belajar ke luar negara.
"Saya tahu jodoh itu aturan takdir, tapi, kalau boleh nantilah dulu. Impian seorang ibu yang saya selalu cakap pada anak-anak, Allah jadikan mama ini penyebab untuk sediakan awak jalan ke arah masa depan. Mama tolong dan selepas itu, pandai-pandailah. "Malah, Aiman pun ada meluahkan hasratnya untuk belajar ke luar negara. Saya tidak halang impiannya itu dan akan menyokong. Cuma, saya minta dia terus doakan saya diberikan Allah kesihatan yang baik dan panjang umur untuk dapat mencari rezeki buat keluarga," katanya ditemui baru-baru ini.
|
pocongkiutss replied at 20-9-2023 08:01 AM
Kalau dh jodoh awal nk buek camano acik..takleh nak kata
nazzse replied at 19-9-2023 10:36 PM
Bagus ziana ni
Ex laki tak bagi nafkah ke? Nampak kerja keras sheols
ADVERTISEMENT