CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Hal Dengan Ayu Membuatkan Saya Jadi Emosi Serta Bertengkar Dengan Suami,"-Nourul Depp

19-9-2023 01:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4336| Komen: 14

Kontroversi perang dingin dengan Ayu Nazirah, Nourul Depp menganggap situasi tersebut sebagai dugaan seorang ibu.

Katanya, resam anak muda mahu mengikut fikiran sendiri dalam melakukan semua perkara, namun sebagai insan yang melahirkan dia perlu menitipkan nasihat.


Enggan anaknya tersalah langkah, panduan serta doa dititipkan berikutan mereka tinggal berjauhan Indonesia-Kuala Lumpur.

Foto: IG

“Sebagai ibu bapa memang setiap saat kita risaukan anak kita, lebih-lebih lagi anak sulung yang kita tatang bagai minyak yang penuh.

“Tapi bak kata pepatah Perancis, anak kecil dugaan kecil, anak besar dugaan juga besar, yang perlu kita hadapi walau dalam apa jua keadaan,” katanya di Instagram.

Nourul mengakui bahawa hubungan dengan Ayu mula berantakan sejak Disember tahun lalu.


Begitupun, situasi masih terkawal hingga sekitar Mac lalu apabila keadaan turut menjejaskan rumah tangga dengan suaminya, Eric Depp.

“Saya tahu kena buat sesuatu selepas hal dengan Ayu membuatkan saya jadi emosi serta bertengkar dengan suami sedangkan sepanjang tempoh berkahwin kami jarang bergaduh.

“Bagi yang ikuti laman sosial saya tentu perasan sebab adakalanya saya luah dalam Instagram tetapi bukanlah nak memburukkan sesiapa atau sebut pihak ketiga.

“Memang kami tak berjumpa sejak 10 bulan lalu, namun kini saya sudah bertenang cuma ketika ‘post’ berkenaan ulang tahunnya tempoh hari saya agak sayu.

“Sebagai emak tentu kita ingin anak yang kita lahirkan sentiasa sejahtera. Saya akui ada silap saya, jadi Ayu pun buat silap juga,” luahnya.


Begitupun, ibu kepada empat cahaya mata itu enggan mendedahkan butiran lanjut punca permasalahan antara mereka, sebaliknya meminta orang ramai jangan lagi menyebarkan spekulasi.

Malah, Nourul atau nama lengkapnya Noorulhuda Abdul Wahab, 46, menegur pihak yang sengaja menjadikan kisah mereka sebagai bahan sensasi.

“Saya tahu daripada seorang rakan yang mengajukan cerita kami di laman sosial sejak awal tahun lagi. Macam-macam kisah tambahan timbul.

“Daripada fitnah, lebih baik buat perkara lain. Lebih baik doakan semuanya baik-baik saja."



Pada masa sama, Nourul bersyukur apabila Ayu turut mendapat kasih sayang melimpah daripada kedua-dua belah keluarga sama ada dirinya dan keluarga bekas suami, Ajai.

Cuma akuinya, cara didikan mungkin sedikit berbeza kerana dia seorang ibu yang sangat tegas, terutama dari segi pergaulan dan bersosial.

“Orang kata anak yang ada dua emak dan dua ayah bertuah. Memang Ayu bertuah kerana ayahnya cukup memanjakannya, manakala ibu tirinya juga menjaga Ayu dengan baik sejak dahulu lagi.

“Eric juga sangat sayangkan Ayu, dan mendidiknya untuk jadi insan kental, begitu juga saya,” ujarnya yang turut menegaskan menyayangi anak gadisnya dengan sepenuh jiwa raga.



Terdahulu, perkongsian Nourul tentang pengalaman dirinya melahirkan Ayu mengundang pelbagai reaksi berikutan kenyataan dirinya ‘mati’ semasa membesarkan gadis itu.

Ayu merupakan zuriatnya bersama Ajai, namun mereka berpisah pada 2007 dan lima tahun kemudian penyanyi itu bertemu jodoh pula dengan warga Perancis, Eric Daniel Depp.



Menerusi perkahwinan kedua, kehidupan Nourul diserikan tiga cahaya mata, Zachary Depp, 10, Raphael Depp, 8, dan Isabella Depp, empat tahun.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 19-9-2023 01:27 PM
Bila socmed dijadikan your personal journal, semua benda pon nk kena tulis..

Pastu netz pulak sibuk nak jadik pakar suka2 hati nak summarise kan relationship mak anak ni mcmtu mcmni..
Quote Dolmat 19-9-2023 01:28 PM
Edited by Dolmat at 19-9-2023 01:31 PM

Aku tengok laki bini minum makan HL Makin kepammmmmsss bukan makin lawo, hensem energetic macam si Nicole Pussycat Doll dan Jean Claude Van Damme NI laki bini bertin tin berbotol bertong2 togok MAKAN HL MAKIN MEROYAN, MAKIN BERCERETAI, MAKIN KEPAMS!

Quote mizzmimi 19-9-2023 01:29 PM
Gaduh ngan somi pon salahkan anak.. ngeng sungguh
Quote Duta lover 19-9-2023 01:45 PM
Tak habis2 nk burukkan anak.
Kalau da benci sangat anak tu.
Doakan jela anak tu mati cepat. Hati ko pun tak sakit. Dah jijik sangat dengan anak sendiri kan??
Quote juruterra 19-9-2023 01:50 PM
dia yg meluah perasaan kat social media pastu marah netizen speculate mcm2. kalau taknak netizen speku, x perlu tulis benda2 personal yg bole menimbulkan spekulasi. tp anak2 ajai pandai2 ye, adik tiri nurul(anak ajai dgn wife baru) ada disekolah anak iols sbp terpaling premier tu
Quote Robitadotcom 19-9-2023 02:33 PM
bukan dh ada ke thread niiiii
Quote amyfaha 19-9-2023 03:39 PM
Kepam busuk daki minyak
Quote likilu 19-9-2023 04:02 PM
Ko yg buat hal ko yg terhegeh hegeh nak nasihatkan netizen

Bali banyak pollution ke mungkin otak sedikit foggy?
Quote sharlenetexas 19-9-2023 04:20 PM
Ayu tinggal kat mana skrg?

Quote beautifulorchid 19-9-2023 04:38 PM
Budak tu dah besar dah dewasa, biarla dia buat keputusan sendiri.. dia bukan tak boleh berfikir mana yang baik mana buruk..
Ayu budak bijak.. salah ke berkawan dan berkasih..
Quote sangbara2020 19-9-2023 04:40 PM
dia simpan lg gambar lelama dulu
kenangan sungguh la tu....
ke cubaan nak upkan diri sndrik
Quote melinda_kerr 19-9-2023 04:40 PM
anak sorang tu dah besar pjg.. baikla fokus anak2 kecik yg ada...bykkan berdoa supaya tuhan lembutkan hati...jgn emosi sgt lak kak oi
Quote dewi_rina 19-9-2023 04:44 PM
Ada masalah ke takde masalah ni makcik? Hang ni dok putaq kata tu kata ni, mana satu betul
Quote rayray28 19-9-2023 05:38 PM
Masa anak baik dgn dia..x nmpk lepak dgn bapaknya..bila dh x baik..br kuar gmbr dgn bapak nya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.036775 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top